Tag: Pingat Emas

  • Pearly-Thinaah tuai emas ketujuh negara

    Pearly-Thinaah tuai emas ketujuh negara

    BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah mencipta sensasi apabila menghadiahkan pingat emas ketujuh negara dan terakhir pada Sukan Komanwel 2022 di sini, sebentar tadi. Kejayaan itu hadir selepas mereka menewaskan wakil England, Chloe Birch-Lauren Smith 21-5, 21-8 pada aksi final di National Exhibition Center (NEC), sebentar tadi. Kemenangan mereka itu juga sekali gus menebus kekecewaan…

  • Mohamad Aniq hadiahkan pingat emas pertama Sukan Komanwel 2022

    Mohamad Aniq hadiahkan pingat emas pertama Sukan Komanwel 2022

    ATLET angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan menceriakan kem negara apabila berjaya menyumbangkan pingat emas pertama buat Malaysia pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Pusat Pameran Nasional (NEC), Birmingham, England pada Sabtu. Badang negara berusia 20 tahun itu menampilkan aksi bertenaga untuk meraih pingat emas dalam kategori 55 kilogram (kg) lelaki dengan angkatan bebanan keseluruhan…

  • Karate bermula langkah kanan, sumbang dua pingat emas

    Karate bermula langkah kanan, sumbang dua pingat emas

    SKUAD negara bermula cemerlang pada hari pertama acara karate Sukan SEA ke-31 apabila meraih dua pingat emas masing-masing dalam acara Kumite di Gimnasium Sukan Wilayah Ninh Binh, kira-kira 100 kilometer dari sini. C.Shahmalarani, yang membuat penampilan sulung pada temasya sukan dwitahunan itu, menyumbangkan pingat emas pertama Malaysia dalam kategori bawah 55kg wanita selepas menumpaskan peserta Thailand, Chanyanut Chippensuk, dalam…

  • Sukan SEA: Pasukan golf lelaki negara tamatkan kemarau emas selepas 21 tahun

    Sukan SEA: Pasukan golf lelaki negara tamatkan kemarau emas selepas 21 tahun

    Malaysia akhirnya meraih emas acara berpasukan golf lelaki Sukan SEA selepas dua dekad, menewaskan Thailand 2-1 dalam final hari ini. Pasukan negara terdiri daripada  Ervin Chang, Marcus Lim Pang Chuen, K. Rhaasrikanesh dan A. Nateeshvar (pemain simpanan) menampilkan persembahan mantap di Heron Lake Golf Course & Resort di sini, untuk mengetepikan juara bertahan itu, sekali gus menyumbang emas ke-24 pada…

  • Atlet baling tukul besi negara rampas kembali emas

    Atlet baling tukul besi negara rampas kembali emas

    ATLET baling tukul besi lelaki dan wanita negara menyumbang emas ke-12 dan 13 negara menerusi sukan itu pada temasya Sukan SEA ke-31 hari ini. Jackie Wong Siew Cheer dan Grace Wong Xiu Mei merampas kembali kejuaraan mereka dalam sukan itu daripada pesaing tradisi dari Thailand, di Stadium Kebangsaan My Dinh di sini. Grace mengungguli kategori wanita dengan balingan…

  • Sukan SEA: Pembangunan bakat terjun perlu diberi tumpuan

    Sukan SEA: Pembangunan bakat terjun perlu diberi tumpuan

    SELEPAS beraksi cemerlang untuk menyapu bersih kesemua lapan pingat emas di Sukan SEA ke-31 di sini, kem terjun negara meletakkan harapan tinggi agar lebih banyak tumpuan diberikan di peringkat pembangunan sukan itu. Pengurus pasukan Datuk Leong Mun Yee berkata, ia juga penting bagi memastikan penguasaan Malaysia kekal di kolam terjun temasya berkenaan, apabila beberapa negara…

  • Malaysia sapu bersih emas terjun

    Malaysia sapu bersih emas terjun

    MALAYSIA mengesahkan penguasaan dalam sukan terjun bagi temasya Sukan SEA Hanoi kali ini selepas menyapu bersih kesemua lapan pingat emas yang dipertandingkan.  Ini selepas gandingan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg dan Nur Dhabitah Sabri mengungguli acara 10 meter platform wanita di Pusat Akuatik My Dinh, sebentar tadi.  Pandelela dan Nur Dhabitah menampilkan aksi…

  • Sukan SEA: Tze Liang hadirkan emas ketiga negara

    Sukan SEA: Tze Liang hadirkan emas ketiga negara

    SKUAD terjun kebangsaan meneruskan momentum cemerlang di Sukan SEA ke-31 apabila atlet negara Ooi Tze Liang membutirkan pingat emas ketiga Malaysia selepas mengungguli saingan final acara 1 meter (m) papan anjal lelaki di Pusat Akuatik My Dinh di sini, hari ini. Tze Liang menampilkan persembahan terpuji dengan mengumpul 377.70 mata dalam keseluruhan enam terjunan untuk menewaskan…

  • Sukan SEA: Sasaran 31 pingat emas realistik – Ahmad Faizal

    Sukan SEA: Sasaran 31 pingat emas realistik – Ahmad Faizal

    SASARAN 31 pingat emas ditetapkan pada temasya Sukan SEA Hanoi, Vietnam adalah realistik dan berdasarkan kepada penelitian khusus yang dilakukan pelbagai pihak, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Bagaimanapun, beliau berkata bilangan pingat emas itu mampu ditingkatkan dengan semangat jitu para atlet negara. “Sasaran ini bukan secara suka-suka, ia dibuat melibatkan penilaian pelbagai perkara termasuk…

  • Nur Syafiqah raih emas sulung Malaysia di pencak Silat Asia Tenggara 2022

    Nur Syafiqah raih emas sulung Malaysia di pencak Silat Asia Tenggara 2022

    PESILAT wanita negara, Nur Syafiqah Hamzah berjaya mencatat kejayaan membanggakan apabila muncul atlet pertama negara menyumbang emas pada Kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara 2022 edisi kelapan di Singapura, hari ini. Kejohanan yang berlangsung di Arena OCBC, Singapura itu menyaksikan Nur Syafiqah yang mempamerkan persembahan mengagumkan mengutip 9.985 mata sekali gus mengecewakan wakil tuan rumah Siti Nazurah Md Yusoff yang mengumpul…