Pearly-Thinaah tuai emas ketujuh negara

0
87

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah mencipta sensasi apabila menghadiahkan pingat emas ketujuh negara dan terakhir pada Sukan Komanwel 2022 di sini, sebentar tadi.

Kejayaan itu hadir selepas mereka menewaskan wakil England, Chloe Birch-Lauren Smith 21-5, 21-8 pada aksi final di National Exhibition Center (NEC), sebentar tadi.

Kemenangan mereka itu juga sekali gus menebus kekecewaan kontinjen negara, apabila perseorangan lelaki, Ng Tze Yong terlepas emas selepas tewas kepada wakil India, Lakshya Sen pada aksi final sebelum itu.

Dan paling penting, pingat sumbangan Pearly-Thinaah itu berjaya menyamai pencapaian kontinjen negara pada temasya di Gold Coast pada 2018.

Temasya Sukan Komanwel 2022 bakal menutup tirainya malam ini selepas berlangsung sejak 28 Julai lalu.

Ketika ditemubual di gelanggang sejurus selepas pertandingan berakhir, Thinaah melahirkan perasaan gembira dengan kejayaan mereka itu, lapor Berita Harian.

“Saya amat gembira dengan kejayaan ini,” katanya yang menjadi antara sandaran utama kontinjen negara bersama Pearly untuk meraih emas pada Sukan Komanwel 2022.

Pada aksi separuh akhir semalam mereka berjaya menundukkan wakil India, Treesa Jolly-Gaytri Gopichand Pullela, 21-13, 21-16.

Birch-Smith pula sebelum itu menundukkan beregu Australia, Hsuan-Yu Wendy Chen-Gronya Somerville dalam satu lagi separuh akhir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here