Tag: Pembangkang
-
Terima kasih atas tawaran, PN akan jadi pembangkang, kata Muhyiddin
PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak tawaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyertai kerajaan baru yang diterajuinya, mengatakan ia memilih untuk mengukuhkan demokrasi dengan memainkan peranan sebagai pembangkang berwibawa sebagai semak dan imbang kepada kerajaan di Parlimen. “Perikatan Nasional akan memainkan peranan sebagai pembangkang yang berwibawa untuk membawa suara rakyat…
-
Majlis Tertinggi PN tentukan kerjasama dengan pembangkang masuki PRU-15
KESEDIAAN Perikatan Nasional (PN) membuka pintu kerjasama dengan gabungan parti pembangkang lain bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah untuk mengelak berlaku pertandingan tiga penjuru. Timbalan Pengerusi PN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, berkata PN berusaha untuk elak daripada pertandingan tiga penjuru yang membabitkan pertandingan dengan Barisan Nasional (BN). Beliau yang juga Presiden…
-
[VIDEO] MoU kekal, PRU-15 tidak akan diadakan dalam masa terdekat – Penganalisis
KEPUTUSAN bersama antara kerajaan dan pembangkang untuk meneruskan memorandum persefahaman (MoU) sehingga pembubaran Parlimen, dijangka bakal menjamin kestabilan di dalam aspek kerjasama politik antara kedua-dua pihak. Felo Penyelidik ILHAM Centre, Profesor Dr. Hamidin Abd Hamid berkata, usaha bagi mengekalkan kerjasama antara kerajaan dan pembangkang yang masih diteruskan itu akan disusuli dengan jangkaan Pilihan Raya Umum…
-
Kerajaan – pembangkang perhalusi kandungan RUU Anti Lompat Parti 31 Mac ini
KERAJAAN dan Pakatan Harapan (PH) dijadualkan bertemu pada Khamis ini (31 Mac) bagi memperhalusi dan mengemas kini beberapa perkara, berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti sebelum ia dibentangkan pada sidang khas Parlimen, 11 April depan. Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pertemuan itu akan melibatkan Jawatankuasa Pemandu Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi…
-
”Kita terimalah keputusan SC…Jangan fikir ikut kehendak kita” – PM ingatkan pembangkang
DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob meminta pembangkang menerima keputusan Suruhanjaya Sekuriti (SC) tidak menemui kepastian muktamad yang Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki melakukan kesalahan berhubung pemilikan saham. Perdana Menteri berkata, SC sebagai badan profesional telah menjalankan siasatannya dan membuat keputusan. “Kita terimalah keputusan SC. Jangan kita minta supaya dia…
-
Pembangkang Johor tawar ‘komitmen kestabilan’, tolak PRN demi elak pembaziran RM150 juta
PEMBANGKANG Johor menolak Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan sebaliknya menawarkan ‘Komitmen Kestabilan’ bagi memastikan kerajaan negeri dapat memberi tumpuan terhadap kebajikan rakyat dan usaha memulihkan ekonomi. Menurut kenyataan bersama Parti Amanah Negara, PKR, DAP dan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang dikeluarkan semalam , pelaksanaan PRN di negeri itu adalah satu tindakan yang tidak munasabah dan tidak mengutamakan kepentingan rakyat serta…
-
Agong harap MoU kerajaan dan pembangkang akhiri kemelut politik
YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar kemelut politik dapat diakhiri segera berikutan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik di antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) kelmarin. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Seri Paduka menzahirkan rasa syukur dan sukacita dengan pendekatan…
-
[VIDEO] PM tawar pembangkang sertai Majlis Pemulihan Negara, Jawatankuasa Khas Covid
PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menawarkan ruang kepada kepimpinan pembangkang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid. Katanya, pelawaan itu dibuat dalam usaha mencapai segera kestabilan politik menerusi kebersamaan termasuklah mewujudkan kerjasama rentas parti. ‘’Kebawah Duli Tuanku (Yang di-Pertuan Agong) dalam perjumpaan bersama ketua-ketua parti baru-baru ini…
-
[VIDEO] Inilah Politik Menghancurkan
BAGAIKAN tidak menghiraukan rintihan rakyat, pimpinan dan penyokong pembangkang meneruskan rancangan untuk mengadakan himpunan bantahan mereka terhadap kerajaan pada hari ini. Himpunan yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Lim Guan Eng yang berarak dari Dataran Merdeka ke Parlimen itu mendapat reaksi negatif dari orang ramai. Reaksi negatif itu telah dinyatakan…