Tag: MySejahtera
-
Sistem janji temu MySejahtera diperluas kepada perkhidmatan pergigian
BERMULA hari ini, sistem janji temu secara dalam talian melalui aplikasi MySejahtera di fasiliti kesihatan primer Kementerian Kesihatan (KKM) diperluas kepada perkhidmatan kesihatan pergigian. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan hari ini berkata melalui inisiatif itu, orang awam boleh menempah perkhidmatan pemeriksaan kesihatan pergigian dan merancang lawatan ke fasiliti kesihatan pergigian mengikut…
-
Laporan Audit: KKM disaran tingkat tahap keselamatan data MySejahtera, MyVAS
KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) disaran supaya menjalankan penilaian tahap keselamatan aplikasi MySejahtera dan MyVAS secara keseluruhan serta mempertingkatkan tahap keselamatan bagi menjamin keselamatan sistem dan data. Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 2 yang dikeluarkan hari ini, langkah itu bagi mengatasi kelemahan pengurusan akaun pengguna bagi urusan pentadbiran dan data serta keselamatan data yang boleh mendatangkan…
-
Sistem janji temu kesihatan melalui MySejahtera
KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) memperluaskan sistem janji temu melalui aplikasi MySejahtera di semua fasiliti kesihatan primer bermula hari ini, sebagai langkah mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan dan akses klien di fasiliti kesihatan itu. Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata sistem janji temu itu bertujuan membantu fasiliti kesihatan primer mengatur jadual perkhidmatan berdasarkan kapasiti masing-masing dan mengelakkan kesesakan di…
-
Pelantikan pembangun aplikasi MySejahtera tak ikut prosedur
PELANTIKAN KPISoft Malaysia Sdn Bhd sebagai pembangun aplikasi MySejahtera tidak mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Putrajaya. Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh berkata, tidak ada satu minit mesyuarat atau dokumen sokongan mengenai pelantikan KPISoft (sebelum ini bernama Entomo). “Satu-satunya dokumen yang wujud ialah perjanjian tanpa pendedahan (NDA) yang ditandatangani oleh Majlis Keselamatan…
-
Malaysia ambil langkah siap siaga hadapi cacar monyet
KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) menyediakan lima pelan strategi bagi menghadapi risiko kemasukan wabak cacar monyet atau monkeypox ke Malaysia. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ia merangkumi pengesanan awal kes, memperkukuh diagnostik, pengurusan kes, pengurusan kluster/wabak dan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran komuniti. “Strategi menangani monkeypox di Malaysia objektif umumnya adalah untuk kita mencegah kemasukan dan penularan jangkitan…
-
Ciri baru MySejahtera kesan lokasi penyakit berjangkit – Khairy
APLIKASI MySejahtera kini dikemas kini dengan ciri-ciri baharu bagi mengesan penyakit berjangkit (Infectious Disease Tracker) termasuk penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata dengan fungsi terbaharu itu, pengguna boleh melihat kawasan titik panas penyakit selain COVID-19, seperti demam campak, rabies, HFMD dan demam denggi. “Update terkini MySejahtera memperkenalkan ciri baharu. Boleh tengok penyakit berjangkit seperti HFMD,” katanya…
-
[VIDEO] Sudah tidak wajib imbas MySejahtera – KJ
INDIVIDU yang ingin memasuki premis atau tempat-tempat awam tidak lagi diwajibkan untuk mengimbas kod QR MySejahtera berkuat kuasa 1 Mei ini. Perkara itu disahkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu sidang akhbar pada Rabu. Namun begitu katanya, orang ramai masih diminta untuk mengaktifkan fungsi MySJ trace bagi tujuan pengesanan kontak. “Individu dengan status berisiko…
-
MPN gesa segera proses kelulusan permohonan pekerja asing, pulih kerugian industri
MAJLIS Pemulihan Negara (MPN) menggesa supaya disegerakan proses kelulusan bagi permohonan-permohonan bagi pekerja asing dalam memulihkan kerugian yang dialami pengusaha-pengusaha industri. Antara yang terkesan akibat kekangan tenaga kerja yang mendesak setelah ekonomi dibuka sepenuhnya adalah pengusaha-pengusaha industri dalam sektor perladangan, perkilangan dan perkhidmatan Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, proses kelulusan pekerja asing harus…