Tag: MySejahtera

  • Kerajaan belum luluskan bayaran kepada pengendali MySejahtera – Khairy

    Kerajaan belum luluskan bayaran kepada pengendali MySejahtera – Khairy

    KERAJAAN belum meluluskan atau membuat apa-apa pembayaran kepada pengendali aplikasi MySejahtera, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata kerajaan dan Kementerian Kesihatan (KKM), akan memastikan sebarang keputusan berhubung kos pembayaran akan mengambil kira kepentingan negara dan rakyat. “Justeru, rundingan yang masih berjalan ketika ini akan diusahakan sebaik mungkin untuk mencapai situasi menang-menang, yang seterusnya akan…

  • Data MySejahtera hak mutlak kerajaan Malaysia – Khairy

    Data MySejahtera hak mutlak kerajaan Malaysia – Khairy

    SETIAP  data dan maklumat yang diperolehi menerusi penggunaan aplikasi MySejahtera, adalah hak milik penuh dan mutlak kerajaan Malaysia, Dewan Negara diberitahu hari ini. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata perkara itu merupakan antara terma utama yang terkandung dalam Perjanjian Ketakdedahan (NDA) antara Majlis Keselamatan Negara di pihak kerajaan dengan KPISOFT pada 1 April 2020. Justeru, beliau…

  • Hilang status lengkap vaksin masih boleh makan di restoran

    Hilang status lengkap vaksin masih boleh makan di restoran

    INDIVIDU yang hilang status lengkap vaksin bermula 1 April kerana tidak mendapat dos penggalak masih boleh melakukan aktiviti sama seperti mereka yang lengkap divaksinasi, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Antara aktiviti itu ialah makan di restoran, memasuki pusat beli-belah, tempat kerja dan rumah ibadat. “Sehubungan itu, pemilik-pemilik premis perlu pastikan bahawa hanya pelanggan atau pengunjung…

  • MySejahtera: Keperluan SOP daftar masuk ke premis mungkin dimansuhkan

    MySejahtera: Keperluan SOP daftar masuk ke premis mungkin dimansuhkan

    KEPERLUAN menggunakan aplikasi MySejahtera sebagai prosedur operasi standard (SOP) daftar masuk ke premis-premis mungkin dimansuhkan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Beliau berkata keputusan sama ada meneruskan atau memansuhkan SOP daftar masuk melalui MySejahtera itu, akan ditentukan berdasarkan trend jangkitan pandemik COVID-19 serta data mobiliti penduduk dan pengembara, apabila sempadan negara dibuka semula 1 April ini.…

  • Kontak kasual: Tiada lagi perubahan status MySejahtera

    Kontak kasual: Tiada lagi perubahan status MySejahtera

    TIADA lagi perubahan status di aplikasi MySejahtera sekiranya orang ramai dikesan sebagai kontak kasual (kuning) kepada kes positif COVID-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Khairy menerusi ciapan di laman Twitter beliau berkata sebaliknya individu berkenaan hanya akan menerima notifikasi memaklumkan mereka adalah kontak kasual. “Sebelum ini apabila MySJ trace/check-in mengesan anda sebagai kontak kasual kes positif,…

  • Wisma Putra bantu rakyat Malaysia terkandas di Manila

    Wisma Putra bantu rakyat Malaysia terkandas di Manila

    MENTERI Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, Kedutaan Besar Malaysia di Manila kini sedang membantu rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino untuk memasuki Filipina. “Wisma Putra juga sedang berurusan dengan agensi berkaitan bagi memudahkan proses ini berjalan lancar,” kata beliau dalam hantaran Facebook, hari ini. Saifuddin mengulas tentang insiden 15 individu dari Malaysia terkandas di…

  • 23,578 kanak-kanak di Sabah mendaftar untuk vaksinasi menerusi PICKids

    23,578 kanak-kanak di Sabah mendaftar untuk vaksinasi menerusi PICKids

    SERAMAI 23,578 kanak-kanak berumur lima hingga bawah 12 tahun di Sabah sudah berdaftar melalui aplikasi MySejahtera untuk menerima vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Datuk Dr Rose Nani Mudin, berkata pemberian vaksin untuk kanak-kanak yang sudah berdaftar di Sabah bermula semalam di lima hospital pakar sebelum…

  • Enam lelaki direman disyaki terima bayaran bekalkan sijil vaksinasi

    Enam lelaki direman disyaki terima bayaran bekalkan sijil vaksinasi

    ENAM lelaki direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan menerima bayaran untuk membekalkan sijil vaksinasi Covid-19 tanpa suntikan sebenar di Terengganu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Supretenden M Zambri Mahmud berkata, kesemua mereka yang berusia 35 hingga 57 tahun itu ditahan malam tadi dan direman hingga Sabtu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen…

  • Dulu RM2,500, sekarang RM3,500 untuk sijil vaksinasi palsu

    Dulu RM2,500, sekarang RM3,500 untuk sijil vaksinasi palsu

    PERMINTAAN yang tinggi untuk mendapatkan sijil vaksinasi palsu menyaksikan sindiket pemalsuan itu menaikkan harga tambahan sebanyak RM1,000. Sebelum ini, setiap urusan dikenakan bayaran RM2,500 tetapi kali ini setiap pelanggan dikenakan bayaran RM3,500 bagi tujuan yang sama. Namun, harga itu boleh dikurangkan sehingga RM2,800 untuk satu sijil sekiranya membuat urusan untuk lebih daripada lima sijil palsu…

  • MySejahtera perkenal ciri baharu, kesan kontak rapat

    MySejahtera perkenal ciri baharu, kesan kontak rapat

    MYSEJAHTERA kini dilengkapi dengan ciri baharu iaitu ‘MySJ Trace’ bagi membolehkan pengesanan kontak rapat yang turut menggunakan ciri baharu yang sama. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi hantaran di Twitter hari ini berkata, ‘MySJ Trace’ yang menggunakan sistem Bluetooth akan memberi maklumat secara langsung bilangan interaksi dengan pengguna lain yang turut mengaktifkan ciri baharu berkenaan. “Jika…