MySejahtera perkenal ciri baharu, kesan kontak rapat

0
611

MYSEJAHTERA kini dilengkapi dengan ciri baharu iaitu ‘MySJ Trace’ bagi membolehkan pengesanan kontak rapat yang turut menggunakan ciri baharu yang sama.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi hantaran di Twitter hari ini berkata, ‘MySJ Trace’ yang menggunakan sistem Bluetooth akan memberi maklumat secara langsung bilangan interaksi dengan pengguna lain yang turut mengaktifkan ciri baharu berkenaan.

“Jika anda disahkan positif, anda boleh hantar data interaksi kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk proses pengesanan kontak dibuat. Semua data interaksi adalah tidak didedahkan,” katanya.

Beliau berkata, menerusi kemas kini baharu itu, masyarakat digalakkan menggunakannya apabila ke tempat awam yang tertutup selain memaklumkan bahawa ciri mendaftar keluar atau ‘check out’ yang terdapat dalam MySejahtera tidak lagi digunakan.

Menurutnya, ciri baharu berkenaaan juga telah dihantar serentak kepada Google, Apple dan Huawei untuk dikemas kini.

“Sudah boleh dikemas kini di Huawei. Untuk Google dan Apple masih menunggu mereka untuk menyenaraikan update (kemas kini) baharu ini,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here