[VIDEO] Sudah tidak wajib imbas MySejahtera – KJ

0
287

INDIVIDU yang ingin memasuki premis atau tempat-tempat awam tidak lagi diwajibkan untuk mengimbas kod QR MySejahtera berkuat kuasa 1 Mei ini.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu sidang akhbar pada Rabu.

Namun begitu katanya, orang ramai masih diminta untuk mengaktifkan fungsi MySJ trace bagi tujuan pengesanan kontak.

“Individu dengan status berisiko tinggi pada aplikasi MySejahtera iaitu kes positif Covid-19 dan individu yang diberi arahan Perintah Pengawasan dan Pemantauan (HSO) tidak dibenarkan masuk ke premis,” katanya.

Dalam pada itu Khairy berkata, pihak pengurusan premis hendaklah menyemak status risiko individu dalam aplikasi MySejahtera yang akan memasuki premis mereka.

Jelasnya, aplikasi MySejahtera masih lagi penting untuk digunakan antara lain bagi tujuan pelaporan keputusan ujian pengesanan COVID-19 dan arahan HSO.

“Ia juga penting untuk membantu Kementerian Kesihatan KKM) dalam pencegahan dan kawalan Covid-19,” katanya.

Selain itu katanya, MySejahtera akan ditambah baik dengan ciri-ciri baharu untuk lihat kawasan titik panas penyakit berjangkit lain seperti denggi, Rabbies dan campak.

“Saya menyeru rakyat Malaysia mengambil peluang menggunakan fungsi yang ditambah baik ini terutamanya apabila hendak pulang ke kampung atau bercuti. Ini adalah langkah proaktif bagi mengelakkan anda mengunjungi kawasan berisiko tinggi penyakit berjangkit,” ujarnya lagi.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here