Tag: mangsa banjir
-
27 mangsa banjir masih berada di dua PPS di Selangor dan Melaka
SERAMAI 27 mangsa banjir daripada tujuh keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor dan Melaka setakat pagi ini. Menurut laporan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang dikeluarkan pada 8 pagi ini, 13 mangsa daripada empat keluarga masih berada di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang, Kuala Langat,…
-
Mangsa banjir di Kelantan makin berkurangan
JUMLAH mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 1,437 orang daripada 414 keluarga pagi ini berbanding 1,879 orang daripada 544 keluarga malam tadi. Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat 8 pagi, kesemua mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas dan sebuah PPS di Tumpat. Kesemuanya terdiri daripada 485 lelaki,…
-
Jumlah PPS, ,mangsa banjir di Kelantan, Terengganu meningkat petang ini
HUJAN lebat berterusan di Kelantan dan Terengganu mengakibatkan jumlah mangsa banjir dan pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu terus meningkat petang ini berbanding pagi tadi. Di TERENGGANU, jumlah mangsa meningkat kepada 5,722 orang daripada 1,736 keluarga setakat 4 petang ini berbanding 4,335 orang daripada 1,287 keluarga pagi tadi, melibatkan 102 PPS yang beroperasi. PPS tersebut…
-
[VIDEO] Dari Ipoh, Saiful buka pusat cuci kenderaan percuma bantu mangsa banjir
SEORANG pemilik kedai mencuci kenderaan dari Perak menawarkan khidmat membersihkan kenderaan yang terjejas akibat banjir secara percuma di Masjid Bandar Bukit Raja, Klang, Selangor. Saiful Bahari Azhar, 31, menawarkan khidmat percuma itu bertujuan meringankan beban mangsa banjir di kawasan Bandar Bukit Raja. “Masa saya tengok Twitter, berkenaan banjir di Shah Alam, khususnya Selangor, kebanyakan mereka…
-
Mangsa banjir di Pahang menurun
JUMLAH mangsa banjir di Pahang merekodkan penurunan dengan hanya 301 mangsa daripada 89 keluarga masih berada di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga jam 8 pagi tadi. Semalam, seramai 364 mangsa banjir daripada 104 keluarga masih berada di 10 PPS. Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang, jumlah itu membabitkan mangsa banjir di daerah Pekan, Rompin…
-
Kedai percuma Aznil untuk mangsa banjir
TIDAK betah duduk diam, pengacara Datuk Aznil Haji Nawawi turun padang membantu mangsa banjir yang terlibat dalam musibah bulan lalu. Saban hari, dia tidak tidur malam memikirkan nasib mereka yang terjejas dan simpati dengan nasib sebahagian daripada mereka yang terpaksa membina hidup baharu dalam serba kekurangan. Sempat mengumpulkan rakan-rakan terdekat dan sejumlah sukarelawan baru-baru ini,…
-
Jalan kampung, jambatan di luar bandar dibaiki segera – Mahdzir
KERJA membaik pulih infrastruktur termasuk jalan kampung, jambatan serta kemudahan awam seperti surau dan longkang di bawah kelolaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang rosak akibat banjir di negeri terlibat akan disegerakan. Menteri berkenaan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata antara kawasan luar bandar yang mengalami kerosakan teruk adalah di Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan dan Selangor. “Kawasan luar bandar…
-
“Tak isi borang pun dapat bantuan” – Mangsa banjir
PENGAWAL keselamatan, Siti Alama Dollah tidak menyangka dirinya terpilih untuk menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) kerana tidak pernah mengisi apa-apa borang sejak rumahnya dilanda banjir minggu lepas. Siti Alama, 49, yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tualang berkata, beliau hanya diminta untuk ke dewan sekolah hari ini untuk menerima “bantuan”…
-
BWI mula dibayar hari ini, disalurkan menerusi tiga kaedah mudah
BANTUAN Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa banjir akan disalurkan melalui tiga kaedah mudah dan diselaraskan pada peringkat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB). Tiga kaedah itu adalah serahan tunai di PKOB, serahan tunai rumah ke rumah atau pemindahan tunai secara dalam talian. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, penyaluran BWI itu dibuat dengan kerjasama…
-
[VIDEO] Abang Viva derma balik duit sumbangan
KEIKHLASAN dan kesungguhan Azwan Omar, 29, membantu mangsa banjir terserlah lagi apabila menderma kembali duit sumbangan diterima untuk membantu mangsa banjir di Temerloh, Pahang. Beliau yang lebih dikenali dengan gelaran ‘Abang Viva’, kini berada di Temerloh bagi meneruskan misi solo membantu mangsa banjir, selepas menamatkan misi bantuan di Shah Alam baru-baru ini. Kisah Azwan mendapat…