Mangsa banjir di Pahang menurun

0
303

JUMLAH mangsa banjir di Pahang merekodkan penurunan dengan hanya 301 mangsa daripada 89 keluarga masih berada di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga jam 8 pagi tadi.

Semalam, seramai 364 mangsa banjir daripada 104 keluarga masih berada di 10 PPS.

Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang, jumlah itu membabitkan mangsa banjir di daerah Pekan, Rompin dan Maran.

Daripada jumlah itu, 161 orang di Pekan, diikuti Rompin (79 orang) dan Maran pula seramai 61 orang.

Sementara itu, berdasarkan maklumat Portal Public InfoBanjir bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tiga sungai di Pahang merekodkan bacaan melepasi paras waspada.

Masing-masing, satu sungai di Sungai Dong di Kampung Peruas, Raub yang mencatatkan bacaan 133.80 meter (m), berbanding paras amaran 133.33 m.

Sungai Triang di Taman Agropolitan Chemomoi Bentong yang merekodkan bacaan 52.06 m berbanding 51.86 m, manakala Sungai Kundang di Jambatan Sungai Kundang, Maran, pula merekodkan bacaan 20.24 m berbanding 19 m. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here