27 mangsa banjir masih berada di dua PPS di Selangor dan Melaka

0
358

SERAMAI 27 mangsa banjir daripada tujuh keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor dan Melaka setakat pagi ini.

Menurut laporan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang dikeluarkan pada 8 pagi ini, 13 mangsa daripada empat keluarga masih berada di PPS  Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang, Kuala Langat, Selangor yang dibuka sejak 8 Mac lepas.

Di Melaka, 14 mangsa daripada tiga keluarga pula masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu, daerah Jasin, yang dibuka juga sejak 8 Mac.

Laporan tersebut turut mengatakan bahawa PPS Sekolah RTB Bukit Changgang di Selangor ditutup sepenuhnya semalam.- BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here