Tag: KKM
-
Belajar hidup ikut acuan endemik: KJ
MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan, rangkaian aktiviti harian sebelum pandemik COVID-19 boleh dilaksanakan menerusi pendekatan berbeza, selari peralihan ke fasa endemik menjelang hujung bulan ini. Ini kerana, katanya kesihatan tubuh badan bukan sekadar tertumpu kepada aspek fizikal, sebaliknya turut merangkumi mental dan rohani. Sehubungan itu, penerapan gaya hidup sihat dengan melakukan rangkaian aktiviti seperti sebelum…
-
Covid-19: 192 kematian, 47 kes BID
KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 192 kematian berkaitan Covid-19 termasuk kes tertunggak sehingga malam tadi. Menerusi perkongsian portal COVIDNOW, sebanyak 47 daripada kes yang dilaporkan merupakan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID). Sarawak melaporkan kes tertinggi dengan 40 kematian diikuti Johor (34), Perak (23), Pulau Pinang (21), Sabah (20), Selangor (18), Kedah (sembilan), Terengganu (lapan),…
-
Pintu sempadan hanya dibuka selepas Fasa Endemik Covid-19
PEMBUKAAN pintu sempadan negara bagi membenarkan kemasukan pelancong asing ke negara ini hanya akan ditentukan selepas negara beralih ke fasa endemik COVID-19. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pada masa ini negara masih berada dalam fasa pandemik wabak itu dan kesediaan untuk peralihan ke fasa endemik akan ditentukan oleh Kementerian Kesihatan. “Apabila kita…
-
Perlu enam minggu siapkan laporan BID: Khairy
PIHAK berkuasa kesihatan mengambil masa sehingga enam minggu bagi menyiapkan laporan membabitkan kes kematian di luar hospital (BID), kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Kelewatan laporan itu berlaku disebabkan proses bedah siasat perlu dibuat untuk menentukan punca sebenar kematian bagi setiap kes BID dan mengakibatkan data jumlah kematian semasa tertunggak. Ahli Parlimen Rembau itu berkata, kes…
-
KKM belanja RM593 juta beli kelengkapan tambahan urus Covid-19
SEBANYAK RM593 juta perbelanjaan tambahan digunakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sejak tahun lalu, bagi membeli kelengkapan berkaitan untuk mengurus pesakit Covid-19 di seluruh negara. Menjawab soalan yang dikemukakan Abdullah Sani Abdul Hamid (PH-Kapar), Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, peruntukan tambahan itu bagaimanapun tidak termasuk RM148 juta sumbangan yang diterima dari dalam dan luar negara. Beliau…
-
Kerajaan jamin akan selesaikan segera isu doktor kontrak
MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan, pihaknya akan meneliti semua isu berkaitan pegawai kesihatan lantikan kontrak, serta berusaha mencari penyelesaian interim, diikuti penyelesaian yang lebih baik. Beliau menyatakan komitmen itu selepas mengadakan pertemuan bersama Sekretariat Gerakan Hartal Doktor Kontrak tengah hari tadi. Ketika ini, terdapat kira-kira 23,000 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi yang dilantik secara kontrak…
-
463 kematian akibat Covid-19 semalam
SEBANYAK 463 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, menurut Kementerian Kesihatan. Berdasarkan maklumat dikeluarkan kementerian itu, ia termasuk tiga kematian yang direkodkan dalam tempoh 24 jam sebelum tengah hari semalam. Manakala yang lain pula adalah kes tertunggak yang tidak dilaporkan sebelum ini. Daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 108 kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).…
-
Covid-19: KKM kenal pasti tapak hospital medan di Tawau
KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengenal pasti tapak untuk mendirikan hospital medan di Tawau, Sabah bagi pesakit COVID-19 di kawasan itu. Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan akan menyediakan kira-kira 100 katil dengan kemudahan peralatan pernafasan dan silinder oksigen mencukupi di kawasan pantai timur Sabah itu untuk menambah kapasiti bagi rawatan COVID-19. Katanya, KKM mengambil iktibar dengan apa yang…
-
19,550 kes baharu Covid-19
KEMENTERIAN Kesihatan melaporkan 19,550 kes baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 1,960,500 kes setakat ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 3,743 kes. Ia disusuli Selangor dengan 2,416 kes, Johor (2,282), Sabah (2,163), Pulau Pinang (1,865), Kedah (1,390), Perak (1,354), Kelantan (1,320), Terengganu (953),…
-
Kes bunuh diri meningkat 143 peratus
JUMLAH kes bunuh diri di negara ini menunjukkan peningkatan sebanyak 143 peratus atau 638 kes dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, berbanding 262 kes dalam tempoh sama tahun lalu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, peningkatan kes itu juga dilihat pada 2020 dengan 631 kes, berbanding 609 kes pada 2019.…