Tag: Kerusi
-
PH, BN sepakat penyandang kekal tanding PRN
PAKATAN Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bersetuju semua kerusi penyandang akan kekal kepada parti yang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri nanti. Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan kata sepakat itu dicapai menerusi perbincangan awal mengenai pembahagian kerusi untuk PH dan BN pada PRN…
-
Perikatan Nasional cukup kerusi bentuk Kerajaan Persekutuan
PERIKATAN Nasional mempunyai majoriti untuk membentuk Kerajaan Persekutuan, tanpa kerjasama Pakatan Harapan (PH), kata Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee. Memberitahu media di luar kediaman Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin, petang ini beliau berkata beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) juga telah menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional bagi membentuk…
-
PAS yakin menang 36 kerusi Parlimen
PAS yakin mampu mencapai sasaran menang 36 kerusi Parlimen seluruh negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) . Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata keyakinan itu susulan mendapat sokongan kuat melalui gabungan parti di bawah Perikatan Nasional (PN), selain kedudukan pihaknya sebagai sebahagian daripada kerajaan. “Kita optimis dengan sokongan rakyat kepada PN, selain…
-
GTA tanding 121 kerusi Parlimen
GERAKAN Tanah Air (GTA) pimpinan Dr Mahathir Mohamad akan bertanding 121 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15). Ketua Setiausahanya, Marzuki Yahya berkata, gabungan itu mungkin meletakkan lebih ramai calon di kerusi lain, menurut laporan FMT. Dalam satu acara di sini, katanya, senarai calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri akan diumumkan esok. Sementara itu,…
-
Agong berkenan tamatkan darurat di kerusi Parlimen,DUN kosong
YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menamatkan enam ordinan dan proklamasi darurat bagi menangguhkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi, Gerik dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, berkuat kuasa semalam. Perintah pembatalan itu melibatkan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (Pembatalan) 2022 dan Proklamasi Darurat (Pembatalan) 2022 bagi Parlimen P.185 Batu Sapi,…
-
PRU15: Isu 27 kerusi kritikal dibincangkan mesyuarat PN hari ini
ISU pembahagian 27 kerusi kritikal Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ialah antara perkara disentuh dalam mesyuarat Perikatan Nasional (PN), pada Khamis. Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, dilaporkan berkata parti itu berharap masih ada ruang berunding dengan UMNO melalui platform Muafakat Nasional (MN) bagi memastikan tiada pertembungan di 27 kerusi…
-
KJ bertanding kerusi Parlimen Alor Setar?
Oleh Badlishah Mat URA-ura Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan bertanding di Kedah semakin kencang setelah salah seorang pemimpin UMNO di negeri itu membuat kenyataan yang menguatkan dakwaan itu. Menerusi hantaran di Facebook, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Zambri Mat berkata, memang ada perancangan untuk mencalonkan Ahli Parlimen Rembau itu di kerusi Parlimen Alor Setar.…
-
PRU15: PAS belum muktamad jumlah kerusi ditandingi-Tuan Ibrahim
PAS masih belum memuktamadkan jumlah kerusi Parlimen yang akan ditandingi parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau berkata segala keputusan berkenaan jumlah kerusi yang bakal ditandingi PAS akan dibincangkan terlebih dahulu di peringkat parti itu. “Itu bukan jumlah kerusi kami bertanding, itu kerusi…
-
PAS cadang runding 27 kerusi kritikal bersama UMNO
PAS bercadang untuk meneruskan rundingan bersama Umno dalam menentukan 27 kerusi ‘kritikal’ bagi berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Timbalan Presiden PAS, Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, 27 kerusi kritikal itu merupakan kerusi yang pernah dimiliki PAS dan UMNO, namun kini milik Pakatan Harapan (PH). “Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) perlu…
-
Pembahagian kerusi antara parti komponen PN hampir selesai – Faizal Azumu
PERIKATAN Nasional (PN) sudah menyelesaikan pembahagian kerusi bagi hampir semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen antara parti-parti komponen dalam gabungan tersebut bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata berlaku juga pertindihan dalam proses tersebut namun jumlahnya terlalu sedikit. “Kami akan muktamadkan tidak berapa lama lagi dan semuanya berjalan dengan baik. Alhamdulillah…