Tag: kemalangan
-
Lelaki maut dihempap kereta sendiri di Putrajaya
MALANGtidak berbau. Seorang pemandu e-hailing maut dihempap kereta miliknya ketika sedang melakukan kerja-kerja pembaikan di parkir kawasan perumahan di Presint 5, Putrajaya hari ini. Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A.Asmadi Abdul Aziz berkata Mohammad Azim Mohamad Sanusi, 29, sedang menukar minyak hitam dan membaiki brek tayar hadapan di sebelah kanan kereta Perodua Bezza miliknya sebelum dihempap kenderaan itu dalam kejadian…
-
Kereta langgar kon sebelum rempuh belakang treler, penumpang warga emas maut
SEORANG penumpang warga emas maut selepas kereta yang dinaikinya melanggar kon sebelum merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 334.4 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, Tapah, pagi ini. Wanita berusia 81 tahun itu meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tapah. Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kira-kira jam 5.30 pagi, sebuah treler…
-
Nahas dua buah lori di Rembau
SEORANG pemandu lori maut selepas lori yang dipandunya terbabit nahas dengan sebuah lori lain di Kilometer 231.7 Lebuhraya Utara-Selatan (arah Utara), Rembau, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa, Muhammad Fazuan Mohd Robit, 35, beralamat di Felda Palong 10, Jempol disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian. Menurut…
-
Pelajar buta mata kanan terkena serpihan bunga api
SEORANG pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pei Hwa di Sungai Mati, Tangkak buta mata kanan terkena serpihan bunga api ketika menyertai tarian singa, minggu lalu. Mangsa yang dikenali sebagai Hao, 18, menyertai rombongan tarian singa di penempatan sekitar daerah ini pada 30 Januari lalu. Menurut kakak mangsa yang mahu dikenali sebagai Ying, 26, adiknya menyalakan…
-
Inspektor polis maut kemalangan di Tumpat
SEORANG pegawai polis berpangkat Inspektor maut selepas kereta Proton Saga dipandunya terbabas di KM5 Jalan Palekbang-Tumpat berhampiran Wakaf King, Tumpat, malam tadi. Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kejadian pada 11.30 malam itu menyebabkan Inspektor Chong Yeong Ren, 29, tersepit di tempat duduk pemandu dan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah…
-
Penunggang motosikal maut bertembung kereta masuk laluan bertentangan
SEORANG lelaki maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta jenis Myvi yang datang dari arah bertentangan di KM 17, Jalan Jerantut- Benta berdekatan Kampung Som, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitenden Mazlan Hassan, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 10.20 pagi,ketika mangsa berusia 25 tahun yang membonceng isterinya dalam perjalanan dari Damak ke…
-
Warga Bangladesh langgar mati penunggang motosikal diburu
POLIS giat memburu lelaki warga Bangladesh yang disyaki melarikan diri selepas melanggar penunggang motosikal dalam kemalangan maut di Jalan Teluk Piah Kanan, di Kuala Selangor, kelmarin. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kejadian pukul 8.30 pagi itu membabitkan dua kenderaan iaitu Proton Waja dan Honda EX5. Menurutnya, penunggang motosikal adalah lelaki tempatan…
-
Op selamat: Kemalangan di Selangor meningkat lebih 40 peratus
SEBANYAK 4,042 kes kemalangan jalan raya direkodkan di Selangor menerusi Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina bermula 18 hingga 27 Jan lepas. Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk S.Sasikala Devi berkata ia menunjukkan peningkatan sebanyak 43.8 peratus berbanding Op Selamat 17 pada tahun sebelumnya dengan 2,810 kes kemalangan. Beliau berkata sebanyak 17 kes kemalangan maut turut direkodkan manakala dua…
-
Dua budak parah kereta dirempuh lelaki disyaki mabuk
DUA beradik parah selepas kereta dinaiki bersama keluarga terbabit kemalangan dengan pacuan empat roda dipercayai dipandu lelaki dalam keadaan mabuk. Nur Hana Humaira yang berusia setahun enam bulan parah pada kepala, mengalami pendarahan otak serta cedera pada tulang pinggul, manakala kakaknya, Nur Aisyah Humaira yang berusia enam tahun parah pada kepala, mengalami pendarahan pada otak…
-
Duit RM40 pemberian terakhir anak buat bapa
DUIT RM40 yang diberikan Mohd Ashraf Rafiq Mohd Arifin, 11, adalah kenangan terakhir bagi bapanya, Mohd Arifin Syamsuddin sebelum anaknya itu meninggal dunia dalam kemalangan maut yang membabitkan dua kenderaan di Kilometer 71, Jalan Batu Pahat-Mersing, Kahang, petang semalam. Mohd Arifin, 32, berkata pada mulanya dia enggan menerimanya, namun anak sulungnya itu berkeras tetap mahu…