Penunggang motosikal maut bertembung kereta masuk laluan bertentangan

0
186

SEORANG lelaki maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta jenis Myvi yang datang dari arah bertentangan di KM 17, Jalan Jerantut- Benta berdekatan Kampung Som, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitenden Mazlan Hassan, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 10.20 pagi,ketika mangsa berusia 25 tahun yang membonceng isterinya dalam perjalanan dari Damak ke Jerantut manakala kereta berkenaan dari arah bertentangan.

“Pasangan itu yang menaiki motosikal jenis SYM datang dari Damak ke bandar Jerantut bertembung dengan kereta jenis Myvi yang datang dari arah bertentangan.

“Apabila tiba di tempat kejadian, dipercayai pemandu kereta Myvi gagal mengawal kenderaan dipandunya lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal yang dinaiki pasangan suami isteri itu,” katanya.

Mazlan berkata, akibat kemalangan itu penunggang yang bertugas di Ladang Risda Damak, Jerantut itu disahkan meningal dunia di tempat kejadian. Mangsa yang maut dihantar ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, manakala isteri mangsa berusia, 25 tahun yang membonceng motosikal itu mengalami patah kaki dan dihantar ke Hospital Jerantut untuk rawatan.

Katanya, keputusan ujian saringan air kencing pemandu kereta terbabit negatif dan pemandu berumur 19 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

Mazlan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 lapor BH.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here