Lelaki maut dihempap kereta sendiri di Putrajaya

0
234

MALANGtidak berbau. Seorang pemandu e-hailing maut dihempap kereta miliknya ketika sedang melakukan kerja-kerja pembaikan di parkir kawasan perumahan di Presint 5, Putrajaya hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A.Asmadi Abdul Aziz berkata Mohammad Azim Mohamad Sanusi, 29, sedang menukar minyak hitam dan membaiki brek tayar hadapan di sebelah kanan kereta Perodua Bezza miliknya sebelum dihempap kenderaan itu dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu.

“Mangsa maut di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini, serta menambah pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa mendapati tiada unsur jenayah.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk proses bedah siasat, katanya. 

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here