Tag: JKDM
-
Kastam rampas dadah bernilai lebih RM81 juta dalam 5 bulan pertama tahun ini
JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas dadah bernilai RM81.3 juta dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini membabitkan lebih 2,410.2 kilogram (kg). Rampasan dadah terbesar adalah dari jenis kanabis membabitkan lebih 1,307 kg, diikuti MDA estacy (1,071.1 kg), methamphetamine (21.5 kg), heroin (3.7 kg) dan eramin 5 sebanyak 10,003 biji. Selain itu, JKDM menumpaskan cubaan…
-
JKDM Kelantan rampas rokok bernilai RM551,749
JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok bernilai RM551,749 dalam dua serbuan premis di Kuala Krai, Isnin lepas. Pengarah JKDM Kelantan Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata serbuan itu dilakukan pada 11 pagi oleh Pasukan Operasi Cawangan Penguatkuasaan Rantau Panjang. “Hasil daripada maklumat yang diterima dan intipan yang dilakukan, pasukan…
-
Kastam Kedah rampas 35.5KG ganja dalam trak pikap di bengkel kereta.
JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah merampas 35 ketulan ganja mampat seberat 35.5 kilogram bernilai RM142,000 disorok dalam trak pikap di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Pekan Changlun, dekat Kubang Pasu, Ahad lalu. Pengarah JKDM Kedah, Nor Izah Abd Latiff, dalam kenyataan hari ini, berkata serbuan pada kira-kira jam 3.30 petang dijalankan oleh sepasukan anggota Kastam Cawangan…
-
Kastam gagalkan cubaan seludup sisa logam
JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak menggagalkan cubaan sebuah syarikat mengeksport sisa logam seberat 158,284 kilogram secara haram ke luar negara. Pengarah JKDM Sarawak Dr Ahmad Taufik Sulaiman berkata, kesemua sisa logam itu yang dibawa menggunakan enam buah kontena yang didaftar sebagai ‘copper flakes’ dan ‘aluminium flakes’ ditahan oleh Bahagian Penguatkuasaan JKDM Kuching di Pelabuhan…
-
Kastam tahan wanita seludup kokain RM1.34 juta di KLIA
CUBAAN seorang wanita menyeludup masuk kokain hitam seberat 6.7kg bernilai RM1.34 juta gagal apabila ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 6 Nov lepas. Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Sazali Mohamad, berkata keldai dadah berusia 39 tahun itu ditahan pada 4 petang dan hasil pemeriksaan menemukan dua kepingan…
-
Guna helah tukar pemandu elak ditahan seludup 1.45 tan ketum
JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 1,450 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM14,500 yang dibawa menggunakan sebuah lori di persimpangan lampu isyarat Bandar Ketereh, Kota Bharu, kelmarin. Pengarah JKDM Kelantan, Mohd Nasir Deraman, berkata dalam kejadian jam 4 pagi itu, anggota bertugas membuat pemantauan hasil daripada maklumat yang diterima sebelum terserempak dengan lori terbabit…
-
Cubaan seludup 3 kontena minuman keras RM1.57 juta gagal
JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah, berjaya mematahkan satu cubaan menyeludup tiga kontena minuman keras dalam pemeriksaan di Pelabuhan Sepanggar, di sini, 29 Julai lalu. Dalam operasi jam 10.50 pagi itu, semua minuman keras sebanyak 9,000 kotak yang berjaya dirampas dianggarkan bernilai keseluruhan RM1.568 juta termasuk cukai. Penolong Ketua Pengarah JKDM Zon Sabah, Julaiman Soimin…
-
Kastam rampas bahagian haiwan liar RM80 juta, terbesar dalam sejarah
JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah mengagalkan cubaan menyeludup pelbagai bahagian badan haiwan liar termasuk gading gajah, tanduk badak sumbu, sisik tenggiling dan taring harimau bernilai kira-kira RM80 juta yang disorok di belakang timbunan kayu bergergaji dalam sebuah kontena, 10 Julai lepas. Ketua Pengarah Kastam Datuk Zazuli Johan berkata kontena dengan muatan barangan itu dikesan di Pelabuhan Barat,…
-
Taktik sorok rokok seludup lebih RM500,000 dalam van terbongkar
JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas rokok seludup bernilai lebih RM500,000 termasuk cukai yang dipercayai disimpan oleh kumpulan penyeludup di dalam sebuah van yang diletakkan di sebuah lorong kampung, di Kota Bharu, empat hari lepas. Pengarah JKDM Kelantan, Mohd Nasir Deraman berkata, pasukan operasi bahagian penguatkuasaan JKDM Kota Bharu menemukan 82 kotak yang mengandungi 671 batang rokok pelbagai jenama…