Kastam gagalkan cubaan seludup barangan elektrik

0
537

JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Sembilan mengagalkan cubaan masuk sebuah kontena yang dikesan menyeludup barangan elektrik dan peralatan memasak import bernilai lebih RM144,997 awal tahun ini.

Pengarah JKDM Negeri Sembilan Mohammad Hafiz Ishak berkata kontena membawa barangan tersebut telah ditahan di Terminal 1 Pelabuhan Utara selepas disyaki membawa dagangan yang memerlukan sijil kelulusan pengimportan (AP).

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati 800 unit peralatan elektrik dianggarkan bernilai RM108,964.80 dibawa masuk tidak mempunyai AP daripada Suruhanjaya Tenaga.

“Sebanyak 72 unit barangan memasak bernilai RM900 pula tidak diikrar dalam borang pengimportan dan cukai barangan elektrik berkenaan dianggarkan bernilai RM34,868.74 manakala cukai barangan memasak ialah RM238.50,” katanya dalam satu kenyataan di Seremban hari ini.

Modus operandi ialah membawa masuk barang import tanpa AP dan dijual di pasaran dan kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967, Seksyen 135(1)(e) Akta 1967 dan Akta Cukai Jualan 2018.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here