Kastam Kedah rampas 35.5KG ganja dalam trak pikap di bengkel kereta.

0
64

JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah merampas  35 ketulan ganja mampat seberat 35.5 kilogram bernilai RM142,000 disorok dalam trak pikap di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Pekan Changlun, dekat Kubang Pasu, Ahad lalu.

Pengarah JKDM Kedah, Nor Izah Abd Latiff, dalam kenyataan hari ini, berkata serbuan pada kira-kira jam 3.30 petang dijalankan  oleh sepasukan anggota Kastam Cawangan Penguatkuasaan Alor Setar di bengkel tersebut selepas hasil pemantauan rapi selama dua minggu.

Menurutnya, dadah tersebut dalam empat kotak putih disorok dalam trak pikap bernombor pendaftaran negara jiran di bengkel tersebut bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Beliau berkata seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 50-an turut ditahan reman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan  mengikut Seksyen 39B (23) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta menyita kenderaan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here