Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
jho low Archives -

Tag: jho low

  • AS$700 juta milik 1MDB masuk ke akaun syarikat milik Jho Low pada 2009, BNM tahu mengenainya pada 2015: Zeti

    AS$700 juta milik 1MDB masuk ke akaun syarikat milik Jho Low pada 2009, BNM tahu mengenainya pada 2015: Zeti

    MAHKAMAH Tinggi di sini hari ini diberitahu hanya selepas hampir tujuh tahun, barulah Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati bahawa wang AS$700 juta milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah masuk ke entiti yang salah, iaitu Good Star Ltd, sebuah syarikat milik ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low. Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia…

  • Penahanan sekutu Jho Low lengkap ‘serpihan’ siasatan polis terhadap IMDB

    Penahanan sekutu Jho Low lengkap ‘serpihan’ siasatan polis terhadap IMDB

    BEKAS peguam 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan yang juga sekutu rapat ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas siasatan polis selesai. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata pihak polis masih memerlukan Jasmine untuk melengkapkan banyak siasatan terhadap skandal kewangan berkenaan. Bagaimanapun, beliau…

  • Jho Low tidak pernah masak pasta untuk keluarga saya, kata Zeti

    Jho Low tidak pernah masak pasta untuk keluarga saya, kata Zeti

    BEKAS Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low tidak pernah melawatnya dan memasak pasta untuk keluarganya di kediamannya di Bukit Tunku, di Kuala Lumpur. Saksi berusia 76 tahun itu berkata demikian ketika menafikan dakwaan peguam…

  • Ketua Polis Negara yakin dapat tangkap Jho Low

    Ketua Polis Negara yakin dapat tangkap Jho Low

    POLIS yakin dapat membawa balik ahli perniagaan yang dikehendaki, Low Taek Jho (Jho Low) untuk berdepan tindakan undang-undang di negara ini berhubung peranannya dalam skandal 1MDB. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain juga memberi jaminan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes itu, sebaliknya meminta diberi masa untuk menyelesaikan tugas mereka. “Kalau Jasmine Loo pun…

  • Najib tarik balik dua rayuan berhubung pendedahan dokumen keluarga Zeti, Jho Low

    Najib tarik balik dua rayuan berhubung pendedahan dokumen keluarga Zeti, Jho Low

    DATUK Seri Najib Razak hari ini menarik balik dua rayuan untuk mendapatkan dokumen membabitkan transaksi kewangan firma pelaburan Goldman Sachs dan dokumen perbankan berhubung bekas Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan keluarganya. Perkara itu dimaklumkan peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada prosiding di hadapan panel tiga Hakim Mahkamah…

  • Mahkamah benarkan 1MDB mulakan tindakan saman sekutu Jho Low

    Mahkamah benarkan 1MDB mulakan tindakan saman sekutu Jho Low

    MAHKAMAH Tinggi di sini hari ini, membenarkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan empat anak syarikatnya, meneruskan tindakan saman bagi menuntut AS$2.795 (RM12.9 bilion) daripada sekutu ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali dengan nama Jho Low. Peguam, Siva Kumar Kanagasabai, yang mewakili 1MDB ketika dihubungi media, berkata Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi…

  • 1MDB: SPRM percaya Jho Low sedang bersembunyi di Macau

    1MDB: SPRM percaya Jho Low sedang bersembunyi di Macau

    SPRM dilaporkan berkata suruhanjaya itu “percaya” usahawan Malaysia Low Taek Jho yang menjadi buruan tersebut sedang bersembunyi di Macau. Menurut laporan Al Jazeera hari ini, SPRM dipetik dalam jawapan bertulis sebagai berkata bahawa ini disahkan oleh beberapa individu yang pernah melihat Jho Low di Macau. “SPRM percaya individu-invidu yang dikehendaki untuk (kes) 1 Malaysia Development Bhd (1MDB),…

  • Prakazrel “Pras” Michel bersalah dalam kes 1MDB – Mahkamah AS

    Prakazrel “Pras” Michel bersalah dalam kes 1MDB – Mahkamah AS

    MAHKAMAH Persekutuan Washington mendapati Prakazrel “Pras” Michel, bekas penyanyi rap dengan kumpulan The Fugees bersalah bersubahat melancarkan kempen melobi saluran belakang untuk menamatkan siasatan Amerika Syarikat terhadap ahli perniagaan Malaysia yang kini dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low. Juri persekutuan semalam mensabitkan Michel, 50, atas petuduhan jenayah lain, termasuk bersubahat untuk menyalurkan wang…

  • Jho Low beri wang untuk bergambar dengan Obama, bukan sumbangan kempen – penyanyi rap

    Jho Low beri wang untuk bergambar dengan Obama, bukan sumbangan kempen – penyanyi rap

    PENYANYI rap The Fugees, Prakazrel “Pras” Michel dalam keterangan pembelaannya berkata, dia menerima USD20 juta daripada Low Taek Jho atau Jho Low untuk membantu mengatur sesi bergambar untuk ahli perniagaan Malaysia itu dengan bekas presiden, Barack Obama. Michel berdepan dakwaan konspirasi jenayah, melobi pengaruh asing dan mengenakan bayaran kempen kerana dipercayai berkomplot dengan Low untuk…

  • Jho Low rancang derma RM132 juta kempen Obama 2012 – Leonardo DiCaprio

    Jho Low rancang derma RM132 juta kempen Obama 2012 – Leonardo DiCaprio

    BINTANG Titanic, Leonardo DiCaprio berada di Washington pada Isnin untuk memberi keterangan dalam perbicaraan rasuah politik melibatkan seorang bintang hip-hop tahun 90-an dan ahli perniagaan warga Malaysia dalam buruan. Prakazrel ‘Pras’ Michel yang juga pengasas kumpulan Fugees didakwa membantu menyalurkan wang secara rahsia daripada Low Taek Jho atau Jho Low, bertujuan mempengaruhi politik Amerika Syarikat…