Najib tarik balik dua rayuan berhubung pendedahan dokumen keluarga Zeti, Jho Low

0
149

DATUK Seri Najib Razak hari ini menarik balik dua rayuan untuk mendapatkan dokumen membabitkan transaksi kewangan firma pelaburan Goldman Sachs dan dokumen perbankan berhubung bekas Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan keluarganya.

Perkara itu dimaklumkan peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada prosiding di hadapan panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Datuk Zabariah Mohd Yusof.

Menurut Muhammad Shafee, pihak perayu (Najib) akan menarik balik dua permohonan utama itu tanpa perjudis bagi dihujahkan semula di semua peringkat mahkamah.

Katanya, pihak responden iaitu pendakwaan tidak membantah hak perayu memohon semula (dokumen berkenaan apabila saksi relevan (Zeti) dipanggil dalam perbicaraan kes penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sehubungan itu, panel kemudian membatalkan dua rayuan itu, tanpa mendengar merit kedua-duanya, lapor BH Online.

berita lanjut menyusul

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here