Tag: Harga barang naik
-
Wakil rakyat bawa ‘ayam mahal’ dalam DUN, hadiah pada Exco
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad mencuri tumpuan sidang DUN Perak apabila memegang ayam segar ketika berbahas sebagai ‘gimik’ ketika menyentuh mengenai isu harga barangan terutama ayam. Muhamad Arafat berkata, ayam yang dibawa masuk ke dalam persidangan itu sebagai ‘hadiah’ kepada Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Razman…
-
Restoran mamak dijangka naik harga makanan, minuman tahun hadapan
KENAIKAN melampau harga barangan keperluan ketika ini dijangka menyebabkan kenaikan harga jualan makanan dan minuman di restoran-restoran India Muslim yang lebih dikenali restoran mamak. Memberi bayangan kenaikan itu akan berlaku tahun hadapan, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Datuk Jawahar Ali Taib Khan, berkata keadaan itu tidak dapat dielakkan jika kenaikan harga barangan tidak…
-
Kerajaan disaran wujudkan sistem senarai nama pemborong
KERAJAAN disaran wujudkan sistem senarai nama pemborong yang berdaftar dengan kementerian khususnya melibatkan pemborong barangan pertanian dan makanan berskala besar bagi tujuan pemantauan segera sekiranya berlaku kenaikan harga. Naib Yang Dipertua 2 Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Selangor, Kamal Ahmad Abdullah berkata, melalui sistem itu kementerian berkaitan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan…
-
KPDNHEP kaji harga maksimum selepas ayam import dibawa masuk
KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengkaji semula harga maksimum ayam RM9.30 sekilogram selepas ayam import memasuki pasaran. Ketua Setiausa KPDNHEP, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, harga ayam ditentukan keadaan pasaran dan lazimnya harga akan turun apabila penawaran ayam meningkat berikutan kemasukan ayam import. Menurut beliau, KPDNHEP memantau keadaan…
-
KPDNHEP beri sebulan cari penyelesaian kenaikan melampau harga barang
SATU bulan, itulah tempoh yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk mencari penyelesaian holistik terhadap isu kenaikan melampau harga barang yang sedang melanda dan membebankan rakyat pada ketika ini. Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata dalam tempoh itu pihaknya akan mencari penyelesaian secara menyeluruh dan berterusan bagi menangani…
-
[VIDEO] Harga barang naik: Segera tetapkan harga siling barang keperluan
KENAIKAN harga barang khususnya barangan keperluan telah menjadi satu beban yang memberi tamparan hebat kepada rakyat di kala rakyat masih lagi sedang berjuang untuk memulihkan kembali ekonomi mereka. Kenaikan melampau yang berterusan ini memberi persepsi seolah-olah pihak berwajib tidak tahu membuat kerja dan gagal melaksanakan tanggungjawab mereka. Bagi rakyat, pihak berwajib sepatutnya mempunyai buah fikiran…
-
[VIDEO] Harga barang naik: Bila kerajaan mahu bertindak?
SELAGI tiada tindakan tegas dan jelas yang membawa perubahan positif kepada isu kenaikan melampau harga barangan keperluan, selagi itulah rakyat akan terus merana. Bebanan dan tekanan akibat kerakusan sesetengah pihak mahu mengaut untung ini pasti akan membuatkan rakyat mengeluh panjang. Pihak berwajib perlu ingat, keluhan itu satu hari nanti akan bertukar menjadi kemarahan yang amat…
-
[VIDEO] Harga barang naik: Peniaga tersepit di tengah
KENAIKAN harga barang yang melampau pada ketika ini bukan sahaja menjejaskan pengguna biasa tetapi juga para peniaga. Seperti pengguna lain, para peniaga juga bergantung kepada bekalan barangan yang sama yang mana kenaikan tidak terkawal harga barangan akan menyebabkan kos operasi mereka juga meningkat. Menurut para peniaga yang ditemubual SatuBerita di sekitar Selayang, Selangor pada Rabu,…
-
[VIDEO] Harga barang naik: Rakyat catu pembelian, RM300 tidak cukup belanja seminggu
KENAIKAN melampau harga barang terutamanya barangan keperluan yang berlaku ketika ini telah menyebabkan tekanan hebat kepada rakyat. Baca berita berkaitan: [VIDEO] Harga barang naik: Lambat lagi nak tunggu Tahun Baru Cina Ini kerana, kenaikan harga melampau itu dilakukan oleh pihak-pihak tertentu bagi mengambil untung sedangkan pada ketika ini rakyat rata-ratanya terjejas kesan daripada pandemik Covid-19…
-
[VIDEO] Harga naik melampau, kasihanilah rakyat
KENAIKAN melampau harga barang keperluan menjadikan rakyat Malaysia bagai jatuh ditimpa tangga kerana ia menambahkan lagi bebanan mereka yang ketika ini masih terbeban dengan impak pandemik Covid-19 yang hampir masuk tahun keduanya ini. Jika perkara ini tidak ditangani dengan serius oleh pihak kerajaan, ia bakal menambahkan kegusaran rakyat dan boleh menimbulkan kemarahan dalam kalangan orang…