Tag: Depot Imigresen Sementara Relau
-
Tahanan Rohingya lolos dipercayai mahir keadaan di Malaysia – Polis
SEBAHAGIAN besar daripada 61 pelarian etnik Rohingya yang masih lolos selepas melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dekat Bandar Baharu pada 20 April lepas dipercayai mahir mengenai keadaan negara ini. Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, 50 daripada mereka didapati telah berada di negara ini antara dua hingga tiga tahun…
-
72 tahanan Rohingya masih diburu polis
POLIS masih mengesan baki 72 tahanan pelarian etnik Rohingya yang masih bebas selepas melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dekat Bandar Baharu, Rabu lepas. Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, lapan pelarian telah ditahan semula semalam dan hari ini, manakala usaha mengesan baki pelarian yang bebas masih diteruskan. “Setakat petang ini, baki…
-
Lebih 24 jam lolos, tahanan Rohingya dijangka serah diri akibat kelaparan
POLIS tidak menolak kemungkinan tahanan Rohingya yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap awal pagi semalam akan menyerah diri dalam masa terdekat. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Datuk G.Suresh Kumar berkata ini kerana tahanan yang menghilang lebih dari 24 jam itu tidak mempunyai bekalan makanan dan pakaian. “Mereka (tahanan) ini lari sehelai sepinggang…jadi berapa lama…
-
104 tahanan Rohingya masih diburu – Hamzah
SERAMAI 104 tahanan etnik Rohingya masih diburu selepas melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap semalam. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata setakat 7 malam tadi, 424 daripada 528 tahanan yang melarikan diri, sudah ditahan semula. Hamzah berkata, mereka merupakan tahanan tempoh yang lama iaitu lebih dua tahun kerana proses penghantaran tidak dapat…
-
Jangan pukul, serahkan mereka kepada pihak berkuasa
ORANG ramai yang menjumpai tahanan etnik Rohingya yang lari dari Depot Imigresen Sementara Relau, Sungai Bakap, Pulau Pinang, diminta tidak memukul atau mencederakan mereka, sebaliknya menyerahkan mereka kepada pihak berkuasa. Pengerusi Persatuan Rohingya Malaysia Kedah, Yusof Ali, berkata pihaknya yakin tahanan yang melarikan diri daripada depot itu hanya mengikut rakan-rakan tanpa mempunyai hala tuju. Dakwanya,…
-
Dua depot imigresen aktifkan sistem amaran elak kes tahanan lolos berulang
DEPOT Tahanan Imigresen di Bidor, Perak dan Beranang, Selangor telah diaktifkan sistem amaran bagi memastikan kejadian tahanan meloloskan diri seperti yang berlaku di Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap, berulang. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata aspek keselamatan di kedua-dua depot berkenaan telah dipertingkatkan memandangkan pusat tahanan sementara itu asalnya merupakan kem Program Latihan Khidmat…
-
Sedih tengok mayat PATI bergelimpangan atas lebuh raya
“SEDIH melihat mayat termasuk dua kanak-kanak bergelimpangan atas lebuh raya,” kata seorang penduduk Kampung Sungai Kechil di sini, yang juga saksi kemalangan membabitkan tahanan Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap di Relau, Bandar Baharu itu. Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Atan, 36, itu berkata, dia menyaksikan kejadian berkenaan ketika mahu menghantar anaknya ke sekolah pagi…
-
‘PATI mungkin akan menceroboh, mencuri kerana lapar’ – Polis Kedah
TAHANAN etnik Rohingya yang masih bolos selepas melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau, di Bandar Baharu, disifatkan berbahaya kerana mereka boleh melakukan apa saja untuk menyelamatkan diri. Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad, berkata dalam keadaan diri sedang kelaparan, mereka dibimbangi akan menceroboh rumah penduduk atau melakukan sebarang tindakan luar kawalan untuk…