Tag: cheras
-
Polis bongkar stor simpan dadah di kondominium mewah
SINDIKET yang menjadikan kondominium mewah sebagai stor pengedaran dadah terbongkar selepas seorang lelaki ditahan di tempat letak kereta sebuah kondominium di Cheras, Khamis lepas. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam kenyataan hari ini, berkata lelaki berusia 26 tahun itu yang merupakan penjaga stor dan penghantar bekalan dadah ditahan dalam operasi…
-
Dua penyamun berparang mati ditembak polis
DUA penyamun bersenjatakan parang maut ditembak polis sebelum sempat memecah masuk sebuah rumah di sekitar Lorong Jintan, Taman Supreme, Cheras di sini, awal pagi tadi. Difahamkan, dalam kejadian 3.30 pagi itu polis menerima maklumat awam berkaitan pergerakan mencurigakan empat lelaki disyaki warga asing di kawasan berkenaan. Susulan itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Khas (D9)…
-
Cheras, Seberang Jaya dan Segamat catat IPU tidak sihat
TIGA daerah – Cheras, Seberang Jaya dan Segamat – merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat pagi ini. Laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan, bacaan IPU di tiga daerah itu masing-masing ialah 151, 145 dan 108 pada 9 pagi. Kualiti udara di tiga daerah itu kekal merekodkan bacaan tahap tidak sihat sejak malam…
-
34 motosikal musnah terbakar dipercayai akibat khianat
PIHAK polis sedang melakukan siasatan berhubung satu kes kebakaran dipercayai mempunyai unsur khianat yang memusnahkan 34 buah motosikal di kawasan parkir di Blok G, Projek Perumahan Rakyat Kampung Muhibbah, Bukit Jalil pada Rabu. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api.…
-
Kanak-kanak hilang, ibu nafi Sofia Raniya tersilap naik van
SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang tular di media sosial kerana dipercayai hilang dari sekolah di sini petang semalam ditemui selamat. Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar ketika dihubungi Bernama, malam tadi. Muhammad Idzam berkata kanak-kanak itu ditemui di Bandar Tun Razak, Cheras, di Kuala Lumpur. “Ketika ini, anggota…
-
Kanak-kanak lelaki maut dipercayai terjatuh dari tingkat 10
SEORANG kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan lima atau enam tahun maut dipercayai akibat terjatuh dari tingkat 10 sebuah kuarters Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras, Kuala Lumpur, hari ini. Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 8.20 pagi di pekarangan kuarters terbabit dan telah…
-
[VIDEO] ‘Long Junior’ minta sedekah, ketuk cermin kereta
SEKUMPULAN pengemis kanak-kanak warga asing kini semakin berani dengan bertindak secara agresif ketika meminta sedekah daripada pengguna jalan raya yang berhenti di persimpangan lampu isyarat. Tindakan mereka itu seolah-olah memberi amaran kepada pengguna jalan raya supaya menghulurkan sumbangan wang tunai. Perbuatan mereka itu terdedah melalui rakaman video yang tular di media sosial. Video berdurasi 25…
-
[VIDEO] Berang ditegur, pekerja restoran diugut bunuh, diancam dengan pisau
BERANG akibat ditegur membuang air dan sampah ke sebuah restoran di bawah unit kediaman dipercayai menjadi punca seorang lelaki disyaki mengugut untuk membunuh pekerja restoran itu di Taman Cheras, Kuala Lumpur, pada Jumaat. Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi, suspek didakwa mengugut pekerja lelaki itu sambil memegang pisau pemotong sayur. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten…