[VIDEO] Berang ditegur, pekerja restoran diugut bunuh, diancam dengan pisau

0
318

BERANG akibat ditegur membuang air dan sampah ke sebuah restoran di bawah unit kediaman dipercayai menjadi punca seorang lelaki disyaki mengugut untuk membunuh pekerja restoran itu di Taman Cheras, Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi, suspek didakwa mengugut pekerja lelaki itu sambil memegang pisau pemotong sayur.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek dikatakan sering membuang sampah dan air dari tingkat unit kediaman yang disewanya.

“Polis juga sudah mengenal pasti seorang lelaki berusia 60 tahun dipercayai terbabit dalam video berkaitan yang tular melalui media sosial sejak petang tadi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya berfikiran rasional dan tidak mengambil tindakan melulu sehingga menyusahkan pihak lain, serta jangan menyebarkan video yang boleh mendatangkan kegusaran awam. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here