Tag: bebas
-
Muhyiddin lepas bebas tuduhan rasuah RM232.5 juta
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur, hari ini melepas dan membebaskan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, atas empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta bagi parti itu yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa. Malaysiakini melaporkan, Hakim, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan bahawa pertuduhan ke atas bekas pedana menteri itu adalah…
-
Bendahari Bersatu dibebaskan dengan jaminan SPRM
BENDAHARI Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohd Salleh Bajuri yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung perbelanjaan dana parti berkenaan dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat. Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu. “Saya dimaklumkan Datuk Mohd Salleh Bajuri…
-
Keputusan bebas atau bela diri Najib,Arul Kanda 3 Mac depan
MAHKAMAH Tinggi di sini menetapkan 3 Mac ini untuk keputusan sama ada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dipanggil untuk membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB. Sebelum ini, Hakim Mohamed Zaini Mazlan, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan…
-
Abdul Azeez bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
BEKAS Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini dibebaskan daripada tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah. Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid membebaskan Abdul Azeez selaku pemohon selepas membenarkan notis usul difailkan peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili…
-
Siti Bainun bebas atau bela diri diketahui esok
KEPUTUSAN sama ada pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali, dipanggil untuk membela diri atau dibebaskan atas pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella, akan diketahui esok di Mahkamah Sesyen di sini. Hakim Izralizam Sanusi dijadual membacakan keputusan di akhir kes pendakwaan pada 9 pagi. Sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada…
-
Kematian rakan dorong Lando tanding PRU-15
PEMERGIAN seorang rakan akibat kemalangan mendorong pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood (Brotherhood), Azlan Sani Zawai atau Lando nekad bertanding kerusi Parlimen Tanjong Karang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Brotherhood adalah gerakan sukarela digerakkan pelakon berkenaan yang juga Pengasas Persatuan Mangsa Kemalangan Jalan Raya Malaysia, bagi memperjuangkan isu-isu keselamatan jalan raya di negara ini. Calon Parti…
-
PRU-15: Tian Chua tanding Bebas, dipecat secara automatik
PESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kecewa dengan tindakan bekas Naib Presidennya, Tian Chua memilih bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Anwar berkata sepatutnya Chua sebagai seorang reformis tidak wajar memilih haluan itu dengan membelakangi keputusan parti. Sehubungan itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata selepas…
-
Pekerja rencam bebas tuduhan bunuh lelaki,mayat ditanam dalam kubur
SEORANG pekerja rencam hari ini terlepas tali gantung atas pertuduhan membunuh seorang pemilik kedai cuci kereta yang mayatnya ditemukan ditanam di tanah perkuburan hampir lima tahun lepas. Ini selepas S. Soosai, 34, berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan sabitan membunuh dan hukuman mati. Ketika membenarkan rayuan Soosai, Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail yang…
-
11 individu disabitkan kesalahan rogol berkumpulan pada 2002 dibebaskan
SEBELAS orang lelaki Hindu yang dipenjara seumur hidup atas kesalahan merogol seorang wanita Islam yang hamil beramai-ramai ketika rusuhan Hindu-Muslim pada 2002 telah dibebaskan dengan pengampunan, kata pegawai semalam. Keputusan itu mengundang kecaman daripada suami mangsa, peguam dan ahli politik. Kesemua mereka disabitkan hukuman atas kesalahan itu pada awal 2008 dan dibebaskan dari penjara di…
-
Bekas Exco, dua yang lain dilepas, dibebas pertuduhan rasuah RM35.7 juta
Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini melepas dan membebaskan bekas Exco Johor Datuk Abdul Latif Bandi, anak lelakinya dan seorang perunding hartanah atas pertuduhan rasuah dan penggubahan wang haram, kesemuanya berjumlah RM35.7 juta, lima tahun lepas. Hakim Kamaruddin Kamsun membuat keputusan itu, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Abdul Latif, Ahmad…