PRU-15: Tian Chua tanding Bebas, dipecat secara automatik

0
210

PESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kecewa dengan tindakan bekas Naib Presidennya, Tian Chua memilih bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Anwar berkata sepatutnya Chua sebagai seorang reformis tidak wajar memilih haluan itu dengan membelakangi keputusan parti.

Sehubungan itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata selepas ini jika ada ahli parti yang bertanding sebagai calon Bebas, mereka dipecat secara automatik.

“Tian Chua tidak bernasib baik dia memilih haluan itu (bertanding Bebas). Beliau seorang yang bersemangat dan berdedikasi sebagai seorang reformis.

“Justeru, saya tidak harus melihat seorang reformis sepatutnya melakukan perkara itu sekarang dan dalam kerjaya politik.

“Apa pun, kita akan mengambil tindakan sewajarnya dan kebiasaannya sebagai sebuah polisi bahawa mereka yang bertanding sebagai calon Bebas atau meninggal parti atas apa jua alasan sekali pun akan secara automatiknya dipecat oleh parti,” katanya, lapor Harian Metro.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengumuman majlis pengumuman calon Parlimen Tambun di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Sri Kledang, Institut Latihan Perindustrian Ipoh, di sini hari ini.

PKR mencalonkan P Prabakaran di bawah panji PH untuk bertanding di kerusi Parlimen Batu. Beliau yang juga calon termuda pada PRU14 adalah penyandang kerusi berkenaan.

Dengan pengumuman itu, Chua sebelum kecewa dengan senarai calon yang diumumkan kepemimpinan parti.

Hari ini, Chua yang pernah menyandang kerusi Parlimen Batu selama dua penggal memutuskan untuk kembali bertanding selaku calon Bebas.

Kerusi Parlimen Batu menyaksikan pertembungan 10 penjuru membabitkan calon penyandang, calon yang kembali bertanding dan muka baharu pada PRU15.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here