Category: Semasa
-
Teknologi Maklumat lancarkan perjalanan haji di Tanah Suci
PERKHIDMATAN teknologi maklumat (IT) termasuk liputan internet yang pantas untuk petugas dan jemaah haji adalah antara cabang penting setiap kali operasi haji yang dikelolakan Lembaga Tabung Haji (TH). Maka, pada tahun ini, petugas Pasukan Teknologi Maklumat yang tiba lebih awal di Tanah Suci telah bertungkus-lumus untuk menyediakan perkhidmatan IT seperti infrastruktur, rangkaian dan perkakasan berada…
-
Hantuk kepala ke kening isteri, penganggur dipenjara 3 bulan
GARA-GARA menghantukkan kepala ke kening isteri sehingga cedera dan menerima menerima tujuh jahitan, seorang penganggur dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret. Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Faizal Maula Azanan, 33, selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kecederaan ke atas isterinya, Noriza Mohd Nordin, 35, yang juga pembantu pegawai perubatan, dengan menghantukkan…
-
Larangan berkait kalimah ‘Allah’ di Selangor kekal-MB
MENTERI Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, larangan berkait penggunaan kalimah “Allah” di Selangor mengikut enakmen negeri masih berkuat kuasa seperti biasa. Menurut kenyataan, pendirian Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan mahkamah bagi kes kalimah Allah ekoran percanggahan antara arahan pentadbiran kementerian 1986 dan keputusan dasar Jemaah Menteri tahun sama, tidak…
-
Curi hampir RM1 juta, tiga sahabat mengaku tidak bersalah
TIGA sahabat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di Melaka atas pertuduhan melakukan pecah masuk ke dalam pejabat dan mencuri wang tunai milik sebuah syarikat bernilai sekitar RM900,000, Februari lepas. Md Halman Lagis, Aszemi Dol dan Musliandee Mustapa Kamal yang masing-masing berusia 43 tahun, dituduh melakukan kesalahan tersebut pada 21 Feb lepas, antara…
-
‘Putrajaya yang patut bertanggungjawab, bukan Pejabat Menteri Besar Kedah..’
Oleh BADLISHAH MAT MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor membidas pihak yang meletakkan kesalahan di bahu kerajaan negeri itu kononnya perlu bertanggungjawab terhadap kecuaian memantau baraj Sungai Muda sehingga berlaku kerosakan dan menjejaskan bekalan air kepada pengguna di Kedah dan Pulau Pinang. Beliau berkata, kerajaan negeri mahu pun mana-mana agensi di bawahnya…
-
Bekas pengurus MBSB bebas tuduhan jenayah komputer, pecah amanah
SEORANG bekas pengurus syarikat dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur daripada dua pertuduhan membabitkan jenayah komputer dan satu pertuduhan pecah amanah melibatkan kerugian RM220,000 enam tahun lepas. Hakim Datuk M M Edwin Paramjothy membuat keputusan itu terhadap Muhamad Shahrul Md Sabri, 41, yang ketika kejadian merupakan Pengurus Malaysia Building Society Berhad (MBSB),…
-
Datuk antara enam direman tipu hasil lombong emas RM25 juta
ENAM individu termasuk seorang bergelar Datuk ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan melibatkan penjualan deklarasi penjualan hasil perlombongan emas bernilai RM25 juta. Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Leona Dominic Mojiliu bermula hari ini hingga Jumaat selepas pegawai pendakwa SPRM Asmawi Kulup Lam membuat permohonan itu di Mahkamah Majistret…
-
[VIDEO] Manfaat geran penyelidikan MASA besar – Penyelidik
PENYERTAAN kali pertama bertajuk Food Security Resiliency Building a Sustainable Food Security -Land Use Framework ternyata membawa tuah buat Dr Maria Mohd Ismail,33, dari Jabatan Sains dan Politik, Pentadbiran Awam dan Pembangunan Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya (UM) apabila terpilih sebagai salah seorang penerima geran penyelidikan Program Pembangunan Dasar Institut Masa Depan Malaysia (MASA).…
-
PN hampir muktamadkan pembahagian kerusi untuk 6 PRN
PERIKATAN Nasional (PN) sudah hampir memuktamadkan pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponennya bagi menghadapi enam pilihan raya negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi. Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata perbincangan mengenai perkara itu juga akan dibangkitkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dijadual berlangsung pada 23 Mei ini. “Saya sudah arahkan pasukan perunding…
-
Lima lelaki dituduh culik, kurung jurujual demi wang tebusan lebih RM1.12 juta
LIMA orang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas satu pertuduhan menculik seorang jurujual bagi mendapatkan wang tebusan beranggaran sebanyak lebih RM1.12 juta, hujung bulan lalu. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh, Suhaimi Mat Zin, 41, Zulkarnain Ramli, 46, Wong Guo Song, 33, Muhammad Azam Hatan, 32, dan Yong Zi Hui,…