Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kolumnis Archives -

Category: Kolumnis

  • Fahamilah erti sebuah kemerdekaan negara!

    Fahamilah erti sebuah kemerdekaan negara!

    Oleh MOHD LAZIM ENDUT KHAMIS ini, iaitu empat hari lagi rakyat Malaysia tidak kira daripada bangsa Melayu, Cina, India dan masyarakat Orang Asli termasuk Kadazan akan menyambut ulangtahun Hari Kemerdekaan negara yang ke-66. Mereka seakan tidak sabar menunggu detik bersejarah malam kemerdekaan untuk sama-sama melaungkan perkataan ‘Merdeka’ di beberapa lokasi ditetapkan. Salah satu lokasi yang…

  • PRN: 5 calon PH di Terengganu diramalkan ‘balik awal’, hilang deposit?

    PRN: 5 calon PH di Terengganu diramalkan ‘balik awal’, hilang deposit?

    Oleh MOHD LAZIM ENDUT LIMA calon mewakili Pakatan Harapan (PH), masing-masing tiga daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dua daripada Parti Amanah Negara (Amanah) yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini diramalkan ‘balik awal’ serta hilang deposit. Hal ini kerana kedua-dua parti berkenaan bukan sahaja tidak mempunyai pengundi dan jentera yang…

  • UMNO Terengganu ‘tidak mesra’ calon Wanita, Pemuda?

    UMNO Terengganu ‘tidak mesra’ calon Wanita, Pemuda?

    Oleh MOHD LAZIM ENDUT SEBAIK sahaja pengumuman calon UMNO-Barisan Nasional (BN) diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (WTCKL) pada malam Jumaat lalu, rata-rata ahli parti berkenaan di Terengganu mula merungut dengan pemilihan dibuat. Maka itu bermulalah ‘perang saraf’ sesama sendiri di mana masing-masingnya ada yang meluahkan perasaan dan persepsi negatif terhadap pucuk pimpinan…

  • Payang Walk dalam versi, nafas baharu

    Payang Walk dalam versi, nafas baharu

    Oleh MOHD. LAZIM ENDUT SUDAH agak lama penulis tidak berpeluang menyaksikan persembahan kebudayaan atau pementasan kesenian popular yang terdapat di daerah-daerah di negeri Terengganu. Seperti sedia maklum, Terengganu sememangnya cukup terkenal dengan kesenian tradisi dan mempunyai pertalian rapat dengan sektor pelancongan negeri. Sebab itulah, dalam memajukan sektor pelancongan, kerajaan negeri pernah memperkenalkan slogan Negeri Cantik,…

  • Laut Terengganu umpama pesta, harga sotong masih mahal?

    Laut Terengganu umpama pesta, harga sotong masih mahal?

    Oleh MOHD LAZIM ENDUT MASYARAKAT Terengganu khususnya yang tinggal di kawasan perkampungan nelayan tidak pernah berasa jemu atau muak untuk memakan sotong. Seperti juga keropok, boleh dikatakan sotong juga seakan menjadi makanan rutin bagi penduduk di negeri ini. Walaupun dinikmati setiap hari, mereka tidak pernah menolak sekiranya dihidangkan menu berasaskan sotong. Antara menu yang popular…

  • Perbezaan Hari Raya Haji (Aidiladha) dahulu dan sekarang

    Perbezaan Hari Raya Haji (Aidiladha) dahulu dan sekarang

    Oleh MOHD. LAZIM ENDUT HARI ini 2 Julai 2023 bersamaan 13 Zulhijah 1444, umat Islam di seluruh dunia masih lagi berada dalam suasana sambutan Hari Raya Aidiladha atau hari raya korban. Walaupun hari raya korban yang disambut di negara ini tidak semeriah Hari Raya Aidilfitri, namun ia tetap mempunyai keistimewaan tersendiri. Ketika penulis di zaman…

  • 1001 kesalahan pengguna jalan raya: lampu merah berhenti, bukan memecut

    1001 kesalahan pengguna jalan raya: lampu merah berhenti, bukan memecut

    Oleh MOHD. LAZIM ENDUT WALAUPUN pelbagai cara dan pendekatan telah diambil oleh pihak berkuasa bagi mengatasi masalah kemalangan di jalan raya, namun jumlah kematian yang dilaporkan berlaku akibat perkara tersebut masih lagi tinggi. Boleh dikatakan saban hari berlakunya kemalangan sama ada melibatkan pejalan kaki, penunggang motosikal, kenderaan persendirian hinggalah kepada pengangkutan awam lain dan juga…

  • Bola oh bola! TFC mangsa terbaharu kelemahan pengadil?

    Bola oh bola! TFC mangsa terbaharu kelemahan pengadil?

    Oleh MOHD LAZIM ENDUT SEJAK dari dahulu lagi, isu mutu pengadilan dan kelemahan pengadil yang ditugaskan mengawal perlawanan bola sepak membabitkan liga di Malaysia menjadi rungutan bukan sahaja para peminat, tetapi juga dalam kalangan pengawai pasukan kelab di negara ini. Malah, beberapa tahun lalu, berpunca daripada kelemahan pengadil pernah berlaku perkara tidak diingini termasuk rusuhan…

  • Pukat tarik dijadikan acara tahunan dalam kalendar pelancongan Terengganu

    Pukat tarik dijadikan acara tahunan dalam kalendar pelancongan Terengganu

    Oleh MOHD. LAZIM ENDUT USAHA Kerajaan Terengganu menjadikan pukat tarik sebagai acara tahunan yang bakal dimuatkan dalam kalendar tahunan pelancongan negeri disifatkan sebagai satu tindakan tepat. Hal ini kerana, selain dapat memperkenalkan semula warisan tradisi yang semakin pupus itu, aktiviti pukat tarik juga dijangka mampu diketengahkan sebagai produk pelancongan popular di negeri ini. Malah, jika…

  • Antara musim sotong bertelur dan jambu golok berbuah

    Antara musim sotong bertelur dan jambu golok berbuah

    Oleh MOHD LAZIM ENDUT SEWAKTU di zaman kanak-kanak dahulu, penulis kerap kali mendengar percakapan orang tua-tua mengaitkan antara musim jambu golok (gajus) berbuah dengan musim sotong bertelur. Ungkapan yang masih penulis ingat ialah “apabila jambu golok berbuah, ia menunjukkan tibanya musim sotong bertelur”. Malah, sehingga hari ini ungkapan tersebut masih dapat didengar di beberapa kampung…