Category: Politik
-
Amirudin dijangka angkat sumpah Menteri Besar Selangor esok
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Datuk Seri Amirudin Shari akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor esok. Sumber yang dihubungi memberitahu, penyandang jawatan Menteri Besar itu juga sudah menerima jemputan bagi menghadiri Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Meteri Besar pada 11 pagi di Balairung Seri,…
-
Perlis tolak guna logo ‘Malaysia Madani’, terima tema ‘Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’
KERAJAAN Negeri Perlis melihat tiada masalah untuk menggunakan tema rasmi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, ‘Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ yang dilancarkan Kerajaan Persekutuan pada 27 Mei lalu, di peringkat negeri. Bagaimanapun, Menteri Besar Mohd Shukri Ramli berkata, kerajaan negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) itu menolak penggunaan logo rasmi serta frasa ‘Malaysia MADANI’ yang…
-
PRK: PN sedia tangkis taktik takutkan pengundi bukan Melayu
PERIKATAN Nasional (PN) terutama PAS bersedia berhadapan dengan sebarang naratif yang dilontarkan terhadap parti itu termasuk istilah ‘gelombang hijau’ yang dikatakan digunakan untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, bulan depan. Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin, berkata naratif itu kerap dimainkan pihak tertentu…
-
Poster palsu burukkan PN cubaan sembunyi kekalahan PH-BN
PERIKATAN Nasional (PN) menyelar taktik kotor sesetengah pihak yang terus menggunakan isu 3R bagi memburukkan reputasi perikatan tersebut yang semakin diterima rakyat keseluruhannya. Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris berkata, tindakan terdesak pihak tertentu dipercayai laskar siber PH-BN itu jelas cuba memburukkan reputasi PN yang cemerlang pada pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini. “Cubaan memburukkan…
-
‘Kepimpinan UMNO perlu bertanggungjawab atas kekalahan’, kata Ku Li
SELURUH kepimpinan Umno harus bertanggungjawab terhadap prestasi buruk parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini, kata bekas ahli parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah. Dalam temu bual dengan The Star, veteran Umno itu berkata Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bukannya satu-satunya individu yang harus dipersalahkan. “Kamu tak boleh salahkan…
-
PRK: Muhyiddin umum calon PN minggu depan
PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan calon mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, minggu depan. Pengerusi PN Johor Datuk Sahruddin Jamal berkata Muhyiddin, yang juga Presiden Bersatu akan mengumumkan nama-nama calon, selepas pimpinan pusat memuktamadkan perkara tersebut. “Setakat ini memang…
-
Suhaizat, Nazri calon Amanah di PRK Pulai, Simpang Jeram
BEKAS Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat diumumkan sebagai calon Parti Amanah Negara (Amanah) mewakili Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, 9 September depan. Perkara itu diumumkan Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam kenyataan hari ini. Sementara itu, Amanah turut mengumumkan Jurutera Majlis Perbandaran Muar, Nazri Abdul…
-
BN tidak dapat undi tentera kerana bersama PH, kata penganalisis
MESKIPUN Kementerian Pertahanan ditunjangi oleh Mohamad Hasan, seorang menteri daripada Barisan Nasional (BN), pengundi tentera masih tidak memberikan undi mereka kepada parti yang memerintah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) minggu lalu. Ini dapat dilihat apabila BN, yang bergabung bersama Pakatan Harapan (PH) di peringkat pusat dan negeri, tidak mampu menambat hati pengundi tentera di dua…
-
‘UMNO seolah-olah terpaksa bergantung undi bukan Melayu untuk menang’ – Ismail Sabri
BEKAS naib presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kekalahan parti itu dalam PRN minggu lalu menunjukkan kebencian dan kemarahan pengundi Melayu kepada Umno “bertambah marak seperti api membakar jerami”, termasuk dalam kalangan penyokong dan ahli parti. Justeru, beliau menyeru pucuk pimpinan parti mendengar desakan akar umbi, termasuk melepaskan jawatan bagi memulihkan Umno susulan…
-
Chandra jelaskan prestasi ‘memalukan’ UMNO, dan apa makna kejayaan PAS, DAP
AHLI akademik dan pengkritik sosial terkemuka Chandra Muzaffar menyifatkan prestasi UMNO dalam pilihan raya baru-baru ini sebagai “terburuk dan memalukan”, mengatakan trend penurunan sokongan dan penolakan pengundi terhadap parti itu adalah jelas kepada semua pihak kecuali bagi pimpinan tertinggi. Beliau berkata, walaupun isu rasuah yang melanda kepimpinan UMNO menjadi punca utama, namun keputusan Pilihan Raya…