PRK: Muhyiddin umum calon PN minggu depan

0
122

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan calon mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, minggu depan.

Pengerusi PN Johor Datuk Sahruddin Jamal berkata Muhyiddin, yang juga Presiden Bersatu akan mengumumkan nama-nama calon, selepas pimpinan pusat memuktamadkan perkara tersebut.

“Setakat ini memang nama-nama itu dah ada, jadi peringkat pusat yang akan membuat keputusan. Nama-nama sudah disenarai pendek, tinggal diumumkan sahaja.

“Setakat ini memang nama-nama itu dah ada, jadi peringkat pusat yang akan membuat keputusan. Nama-nama sudah disenarai pendek, tinggal diumumkan sahaja.

“Dalam senarai calon-calon yang kita hantar di peringkat pusat, ada yang daripada golongan profesional serta pemimpin masyarakat, yang memang dikenali di dua kawasan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Bersatu Johor, hari ini.

Dalam masa yang sama, Dr Sahruddin yang juga Pengarah Pilih Raya bagi dua PRK tersebut berkata mesyuarat hari ini bagi merangka gerak kerja PN, dalam menghadapi PRK berkenaan.

Selain itu, beliau berkata jawatan Timbalan Pengarah Pilihan Raya PRK digalas Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin dan Pengerusi Gerakan Johor Datuk Teo Kok Chee.

Difahamkan majlis pengumuman calon bagi kedua-dua kerusi berkenaan, dijangka dibuat dalam kawasan Parlimen Pulai.

Sebelum ini, Dr Sahruddin dilaporkan telah menghantar 15 nama ke pusat untuk dinilai sebagai calon bagi kedua-dua kerusi berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon kedua-dua PRK pada 26 Ogos, pengundian awal pada 5 Sept dan hari pengundian pada 9 Sept.

Kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, kosong susulan kematian penyandangnya Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here