Category: Politik
-
PRU-15: Faizal Azumu sedia lawan Anwar
AHLI Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan akan terus mempertahankan kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Faizal yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Perak berkata, beliau serta rakan-rakan sukarelawan serta pendokong PN Tambun adalah merupakan anak jati Parlimen Tambun. “Maka, kami beranggapan adalah menjadi satu tanggungjawab dan kewajipan untuk…
-
[VIDEO] PRU-15: Tiket kapal terbang mahal, warganet dakwa taktik pastikan peratus keluar mengundi rendah
SEGELINTIR pengguna media sosial mempersoalkan harga tiket kapal terbang yang mahal selepas tarikh bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diumumkan pada Khamis. Tinjauan SatuBerita di media sosial mendapati beberapa warganet tidak berpuas hati dengan harga tiket kapal terbang yang mahal untuk tarikh sehari sebelum mengundi. Seorang pengguna Twitter, Firawan berkata, tiket penerbangan dari Kuching ke…
-
Selamat datang ke Tambun, Faizal Azumu sindir ‘loghat’ Anwar
SELEPAS berteka-teki berhubung kerusi Parlimen yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau akan bertanding di Tambun, Perak. Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) itu tidak memilih untuk melawan anak didiknya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Bagan Datuk tapi sebaliknya ke Tambun,…
-
Razali Idris tak bertanding bukan kerana takut kalah
PENGERUSI Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris, menyatakan dia yakin mampu menang dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang jika bertanding. Namun, katanya, dia memilih untuk tidak menyertai PRU pada 19 Nov ini kerana mahu menumpukan perhatian kepada tugasannya selaku ahli Dewan Negara. Pada masa sama, kata Razali, dia juga tidak mahu dicalonkan Perikatan Nasional (PN)…
-
PRU-15: Ahmad Zahid nafi tidak bertanding lagi
DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan laporan sebuah akhbar tempatan bahawa beliau tidak akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Menurut sumber yang rapat dengan Presiden UMNO itu, laporan oleh sebuah akhbar tempatan itu adalah fitnah dan tidak sahih. “Saya menerima beberapa panggilan berhubung dakwaan Ahmad Zahid akan…
-
Jualan tiket bas laris sejak SPR umum tarikh PRU-15
SELEPAS Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarih mengundi, semalam, jualan tiket bas terutama dari Lembah Klang ke Kelantan laris dengan lebih 80 peratus terjual. Tiket yang laris adalah pada 16 hingga 18 November untuk perantau menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum-15 (PRU-15). Ejen jualan tiket bas ekspres, Izani Zakaria, 40, berkata, sebaik pengumuman…
-
Pasang bendera awal ambil ‘semangat’ PRU-15
BEBERAPA bendera Pas yang dipasang di beberapa lokasi di Terengganu dibuat bagi mengambil ‘semangat’ Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman berkata, itu sudah menjadi tradisi di negeri itu sebaik pengumuman rasmi dibuat berkenaan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada setiap PRU walaupun belum tiba hari penamaan calon. “Daripada segi…
-
Nazri kekal pendirian tidak bertanding selepas enam penggal menjadi ahli Parlimen
KETUA Bahagian UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kekal dengan pendirian untuk memberi laluan kepada calon lain di kerusi Parlimen Padang Rengas yang dimenanginya sejak enam penggal yang lalu. Mohamed Nazri menjelaskan sudah tiba masanya untuk beliau memberi ruang dan peluang kepada golongan muda untuk bertanding di Padang Rengas pada Pilihan Raya…
-
Anwar Ibrahim calon Perdana Menteri PH jika menang PRU-15
PAKATAN Harapan (PH) secara rasmi mengumumkan Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri, sekiranya gabungan itu menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pemilihan Anwar sebagai calon Perdana Menteri diputuskan selepas mengambil kira beliau sebagai calon yang mampu memulihkan negara daripada krisis ekonomi ketika…