PRU-15: Faizal Azumu sedia lawan Anwar

0
289

AHLI Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan akan terus mempertahankan kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Faizal yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Perak berkata, beliau serta rakan-rakan sukarelawan serta pendokong PN Tambun adalah merupakan anak jati Parlimen Tambun.

“Maka, kami beranggapan adalah menjadi satu tanggungjawab dan kewajipan untuk terus kekal berkhidmat di halaman kami sendiri,” katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Katanya lagi, atas prinsip dan semangat Demokrasi, beliau mengalu-alukan mana-mana individu yang berhasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen itu.

“Atas prinsip dan semangat Demokrasi, saya turut mengalu-alukan mana-mana individu yang berhasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Tambun.

“Mudah-mudahan, kempen pada pilihanraya kali ini berjalan dengan telus dan adil sekaligus, memberi manfaat buat para pengundi di Tambun serta seluruh rakyat Malaysia,” katanya yang juga Menteri Belia dan Sukan.

Sebelum ini, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau akan bertanding di Tambun, Perak.

Calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) itu tidak memilih untuk melawan anak didiknya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Bagan Datuk tapi sebaliknya ke Tambun, bagaimanapun penyandang kerusi tersebut, Ahmad Faizal mengalu-alukan kedatangan Ketua Pembangkang itu dan sedia melawannya.

Dalam pada itu, Tambun pernah menjadi kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetapi berjaya dirampas Faizal pada 2018. Walaupun kemenangan Bersatu ketika itu menggunakan tiket Pakatan Harapan (PH).

Pada 2013, BN menang kerusi itu dengan 42,093 undi (56.2 peratus), manakala PKR memperoleh 32,768 undi (43.8 peratus).

Pada 2018 terdapat tambahan 12,089 undi di Tambun, sokongan BN merosot kepada 33,341 (38.3 peratus).

Sebagai perbandingan, Bersatu ketika bertanding atas tiket PH, memperoleh 38,661 undi (44.5 peratus). – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here