Category: Kemalangan/Bencana

  • Dua budak perempuan lemas di Pantai Bagan Lalang

    Dua budak perempuan lemas di Pantai Bagan Lalang

    DUA kanak-kanak perempuan lemas, manakala seorang lelaki berusia lingkungan 30-an hilang ketika mandi di Pantai Bagan Lalang, Selangor. Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada 2.34 petang tadi dan enam anggota dari Balai Bomba Sepang tiba di tempat kejadian, kira-kira 23 minit kemudian. “Mangsa iaitu kanak-kanak perempuan berumur…

  • K9 digunakan bantu kesan kanak-kanak dikhuatiri lemas

    K9 digunakan bantu kesan kanak-kanak dikhuatiri lemas

    JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak hari ini menggunakan khidmat anjing pengesan (K9) bagi membantu mengesan kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas di sungai berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, Tanjung Malim semalam. Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata dua anjing pengesan dibawa untuk menyertai operasi mengesan mangsa berusia…

  • Wanita terselamat kereta selepas ditenggelami banjir kilat

    Wanita terselamat kereta selepas ditenggelami banjir kilat

    SEORANG wanita terselamat apabila kereta dipandunya yang ditenggelami banjir kilat sehingga mencecah bumbung disedari orang awam di Jalan Meru, Taman Perindustrian Meru, Klang pagi tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.44 pagi. “Sepasukan pegawai dan anggota dari…

  • Budak 8 tahun hilang ketika mandi sungai

    Budak 8 tahun hilang ketika mandi sungai

    SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dikhuatiri lemas selepas hilang ketika mandi di sungai berhampiran Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, Tanjung Malim, Perak. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kehilangan kanak-kanak itu pada 5.06 petang tadi. Katanya, mangsa berpakaian baju renang berwarna hitam bertompok…

  • 2 penunggang motosikal maut dirempuh kereta selepas ubah haluan

    2 penunggang motosikal maut dirempuh kereta selepas ubah haluan

    DUA penunggang motosikal maut dirempuh kereta selepas mengubah haluan secara tiba-tiba di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan hala Kuantan, di Kuantan pukul 7.52 pagi tadi. Mangsa merupakan Yusof Ibrahim yang berusia 58 tahun dari Kampung Baru Sungai Miang, Pekan manakala seorang lagi mangsa, Ismail Jaafar, 61, belum dikenal pasti alamatnya. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan…

  • Bapa maut, dua anak cedera selepas kereta dinaiki jatuh ke dalam gaung

    Bapa maut, dua anak cedera selepas kereta dinaiki jatuh ke dalam gaung

    SEORANG bapa berusia 48 tahun maut dan dua anak perempuannya cedera selepas kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam sebuah gaung di Kampung Layangan,Labuan malam tadi. Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dikenali sebagai Abd Rashid Bahari sementara anaknya Nur Aqeesha, 8, dan Nor Izah Batrisyah,10, cedera dalam nahas pada pukul 8…

  • Mayat remaja dibaham buaya ditemukan tanpa kepala, kaki

    Mayat remaja dibaham buaya ditemukan tanpa kepala, kaki

    MAYAT remaja lelaki yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Tinjar di Miri, ditemukan dalam keadaan tidak sempurna oleh penduduk kampung pada awal pagi hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak mengesahkan mayat mangsa ditemukan pada jarak enam kilometer dari lokasi terakhir mangsa mandi berhampiran Rumah Magdeline di Lubok Mulong Melugu Bakong pada…

  • Tragedi menjelang Gawai: Jasad remaja mangsa bot karam ditemui

    Tragedi menjelang Gawai: Jasad remaja mangsa bot karam ditemui

    SUASANA duka dirasakan ketika jasad Linsa Empih Melin, 17 tahun, ditemui penduduk kampung pada jarak dua kilometer dari lokasi kejadian bot karam pada Selasa lalu. Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada kelmarin telah membawa kepada penemuan jasad remaja malang tersebut. “Operasi turut disertai pihak polis,…

  • Tiga maut, lima cedera dalam kemalangan

    Tiga maut, lima cedera dalam kemalangan

    Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN TIGA maut manakala lima lagi cedera dalam nahas melibatkan sebuah kereta dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 13 Jalan Sengkang-Teratai, Tangkak pada pukul 4.30 petang semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Tangkak, Deputi Superintenden Idris Abdul Rahman berkata, kemalangan berkenaan melibatkan kereta jenis Toyota Altis dari arah Bukit Gambir dilanggar…

  • Warga emas maut akibat dilanggar pemandu 4WD positif dadah

    Warga emas maut akibat dilanggar pemandu 4WD positif dadah

    SEORANG warga emas maut akibat dirempuh dan diseret sejauh 7.3 meter oleh sebuah kenderaaan pacuan empat roda (4WD) yang dipandu lelaki positif dadah di Jalan Kampung Jeram Tekoh, Gua Musang semalam. Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kejadian berlaku kira-kira 10.10 pagi ketika mangsa M Noor Awang, 67, sedang menunggang motosikal…