Budak 8 tahun hilang ketika mandi sungai

0
214

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dikhuatiri lemas selepas hilang ketika mandi di sungai berhampiran Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, Tanjung Malim, Perak.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kehilangan kanak-kanak itu pada 5.06 petang tadi.

Katanya, mangsa berpakaian baju renang berwarna hitam bertompok hijau dipercayai hilang ketika mandi di lokasi berkenaan.

“Setibanya jentera di lokasi, kita terima makluman daripada saksi, seorang kanak-kanak lelaki yang sedang mandi-manda hilang dan dipercayai lemas.

“Ketika ini operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dengan bantuan penduduk kampung merangkumi jarak 30m dari lokasi mangsa dipercayai hilang,” katanya.

Katanya, setakat ini 10 anggota terlibat dalam operasi itu dengan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba Teluk Intan juga digerakkan ke lokasi. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here