Dua budak perempuan lemas di Pantai Bagan Lalang

0
502

DUA kanak-kanak perempuan lemas, manakala seorang lelaki berusia lingkungan 30-an hilang ketika mandi di Pantai Bagan Lalang, Selangor.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada 2.34 petang tadi dan enam anggota dari Balai Bomba Sepang tiba di tempat kejadian, kira-kira 23 minit kemudian.

“Mangsa iaitu kanak-kanak perempuan berumur tujuh dan sembilan tahun ditemukan 50m dari lokasi kejadian dan kematian mereka disahkan pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mangsa lelaki pula masih belum dijumpai. Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan bomba,” menurut PGO dalam kenyataan.

Menurut kenyataan itu, bomba membuka pos kawalan operasi di tempat kejadian untuk mencari mangsa. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here