Author: SatuBerita
-
Wanita maut jatuh menara
SEORANG wanita ditemui maut dalam keadaan hancur pada badan dan kepala selepas dipercayai terjatuh dari tingkat atas sebuah menara di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, di Kuala Lumpur, hari ini. Polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat wanita berusia lingkungan 30-an itu di lobi menara berkenaan pada jam 6.41 pagi. Ketua Polis Daerah Brickfields,…
-
Omicron: MPN akan adakan mesyuarat lebih kerap
MAJLIS Pemulihan Negara (MPN) akan mengadakan mesyuarat lebih kerap selepas ini susulan cabaran gelombang Omicron yang sedang dihadapi negara dan jumlah jangkitan COVID-19 yang semakin meningkat. Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata MPN akan mengadakan mesyuarat esok dan hujung bulan ini bagi membincangkan langkah-langkah pemulihan negara. “MPN perlu pastikan negara mampu menghadapi proses pemulihan…
-
Shidee kemalangan ketika mahu ke surau
PENYANYI popular era 1980-an, Shidee terlibat dalam kemalangan apabila skuter eletrik yang ditunggang terbabas ketika mahu menunaikan solat Asar di sebuah surau. Dalam kejadian tersebut, Shidee dibantu oleh orang ramai yang terus dibawa ke Hospital Cencelor Tunku Mukhriz (HTCM) Cheras untuk mendapatkan rawatan. Menurut kenyataan isterinya, Siti Fairunnisa Aziz, dia dihubungi seseorang yang memaklumkan suaminya…
-
PRN Johor: PN selesai bahagi kerusi
PERIKATAN Nasional (PN) telah selesai membahagikan semua kerusi yang akan dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi, kata Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan. Beliau berkata, pembahagian melibatkan Bersatu, PAS dan Gerakan itu selesai sepenuhnya petang semalam, namun pengumuman calon hanya akan dilakukan selepas 11 Februari ini apabila PN selesai mengadakan beberapa…
-
Markah 5 peratus, Iqbal ugut mahu tarik diri
BELUM reda isu dikritik netizen gara-gara menyertai pertandingan Big Stage 2022, Iqbal Zulkefli, 28, mengugut mahu menarik diri daripada pertandingan tersebut. Dia mempersoalkan kewajaran 5 peratus markah yang diterima dan menganggap tidak layak berada di pentas besar tersebut . “Kalau dapat dua markah pun saya bersyukur. Saya boleh terima. Tentang pemarkahan itu saya sepenuhnya berserah…
-
Bersatu kekal sokong Ismail Sabri, tidak goyah tekanan
PARTI Bersatu akan kekal pendirian menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sehingga tamat tempoh seperti mana yang dinyatakan dalam perjanjian. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Senator Datuk Razali Idris berkata, parti itu tidak akan goyah dengan serangan yang mendesak supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin menarik sokongan terhadap kerajaan sekarang. “Sebenarnya bukan…
-
Pembantu kedai dobi mengaku tidak bersalah perdaya kontraktor
SEORANG pembantu kedai dobi didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang kontraktor bagi mendapatkan projek penggantian saluran paip gas di Terengganu, empat tahun lepas. Herisyam Abdul Wahid, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh. Tertuduh didakwa memperdayakan Mohd Hafidz Mohd Ismail, 41, untuk mempercayai dia boleh membantu mendapatkan…
-
SPRM ‘geledah’ dokumen di pejabat MARA
SURUHANJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu sekurang-kurang tiga pejabat berkaitan MARA di ibu negara bagi membantu siasatan berhubung dakwaan isu integriti membabitkan beberapa pegawai kanan agensi berkenaan. Beberapa pegawai SPRM difahamkan hadir di pejabat berkenaan bermula jam 9 pagi tadi dipercayai untuk mengambil beberapa dokumen berkaitan yang boleh membantu siasatan. Memetik laporan…
-
Mahkamah tolak rayuan Khairy kes saman Anwar
MAHKAMAH Rayuan Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan Khairy Jamaluddin terhadap keputusan mahkamah tinggi yang membenarkan saman fitnah dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya dan memerintahkan beliau membayar ganti rugi am sebanyak RM150,000. Saman fitnah itu adalah berhubung kenyataan Khairy mengenai perlakuan tidak bermoral dalam satu ceramah di Lembah Pantai pada tahun 2008. Panel tiga…
-
Banjir Sabah: Tiga PPS dibuka di Pitas, tempatkan 311 mangsa
TIGA pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Pitas bagi menempatkan seramai 311 mangsa daripada 97 keluarga di enam kampung yang terjejas akibat banjir susulan hujan berterusan sejak semalam. Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah, tiga PPS itu ialah Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pitas II yang menempatkan 108 mangsa daripada 41 keluarga; Dewan SK Rukom (135…