Author: SatuBerita
-
Bayi maut dalam pelukan ibu, kereta terbabas
SEORANG bayi perempuan berusia lima bulan maut selepas kereta dinaiki lima sekeluarga terbabas melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 33, Jalan Jerantut- Temerloh, Temerloh, Pahang malam tadi. Dalam kemalangan kira-kira jam 8 malam itu, mangsa, Miszara Amira Jaffery disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan pada bahagian dada. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik…
-
Dua penjawat awam direman 4 hari kes rasuah
DUA penjawat awam direman empat hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret, di Shah Alam, Selangor kerana disyaki meminta wang suapan RM20,000 sebagai balasan untuk menutup satu kes siasatan berkaitan dokumen palsu. Majistret Sabreena Bakar @ Bahari membenarkan perintah reman sehingga Jumaat selepas permohonan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor. Memetik laporan Berita Harian,…
-
Mahkamah Koroner berkuasa dengar prosiding komital
MAHKAMAH Koroner Shah Alam mempunyai bidang kuasa untuk memberi kebenaran untuk memulakan prosiding menghina terhadap bekas peguam negara Tommy Thomas berhubung kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, kata Mahkamah Rayuan. Sehubungan itu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Suraya Othman pagi ini sebulat suara menolak rayuan oleh Thomas. Anggota panel hakim lain…
-
Kes rasuah 1MDB: Proses pemilihan juri perbicaraan Roger Ng bermula
PERBICARAAN kes rasuah 1MDB membabitkan bekas ketua pelaburan perbankan Goldman Sachs Malaysia, Roger Ng kini bermula prises dengan pemilihan juri oleh mahkamah di New York, Amerika Syarikat pada Isnin lepas. Roger berhadapan dengan pertuduhan berkomplot dalam pengubahan wang haram melibatkan ratusan juta wang 1MDB dan merasuah pegawai kerajaan Malaysia. Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap…
-
[VIDEO] Hattan persoal stesen TV, jangan memalukan industri seni!
MERASAKAN apa yang dilakukan oleh stesen TV sebagai atau tindakan kurang bijak, penyanyi Datuk Hattan menempelak pihak tersebut agar realistik dan perlu bertanggungjawab membawa industri seni supaya menjadi lebih baik. Baca berita berkaitan: Perihal 5 markah dan ‘amukan’ peminat kepada Iqbal buat Big Stage 2021 panas Baca berita berkaitan: Markah 5 peratus, Iqbal ugut mahu…
-
Banjir Sabah: jumlah mangsa naik mendadak kepada 719 orang
JUMLAH mangsa banjir dipindahkan di daerah Pitas naik mendadak pagi ini kepada 719 mangsa daripada 236 keluarga, berbanding 313 orang daripada 96 keluarga malam tadi. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan empat pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka dengan PPS Dewan Kampung Sinukab menempatkan mangsa teramai iaitu 510 mangsa daripada 170 keluarga. Tiga…
-
Elak Tol? Undang-undang lebih tegas bakal dikenakan
KANUN Keseksaan baharu mungkin diperkenalkan terhadap individu yang cuba mengelak membayar tol dengan menggunakan lorong Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) di lebuh raya pada 2025. MLFF ialah sistem tol tanpa halangan tanpa pondok tol dan lorong khusus yang menggunakan struktur gantri dengan peranti pengecaman plat nombor automatik (ANPR) di lokasi tertentu. Menurut Menteri Kerja Raya,…
-
Wanita alami detik cemas kereta dihempap runtuhan tebing
SEORANG wanita berdepan detik mencemaskan apabila sebahagian keretanya tertimbus dalam kejadian tebing runtuh di sebuah kawasan perumahan, Jalan Limbok, di Seremban, petang Isnin. Kejadian berlaku semasa Christine Ratnam sedang dalam perjalanan pulang ke rumah, melalui jalan di tebing bukit kawasan berkenaan, apabila tanah dan batu dari tebing yang runtuh itu mulai menimpa sebelah kiri bahagian belakang perodua…
-
401,927 calon SPM mula ujian lisan hari ini
SEBANYAK 3,382 pusat peperiksaan disediakan bagi Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) serta Ujian Amali Sains peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan beroperasi secara berperingkat di seluruh negara bermula esok. Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan 50,514 petugas peperiksaan dilantik bagi kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan berkenaan. Ujian Bertutur…
-
Sambutan Aidilfitri bergantung tingkah laku patuhi langkah kawalan KKM
SAMBUTAN Aidilfitri pada Mei depan akan meriah semula sekiranya orang ramai mengikut semua nasihat yang diberikan, malah Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan gelombang Omicron dapat diturunkan sebulan atau dua bulan lagi. Bagaimanapun, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ia bergantung kepada orang ramai untuk patuh kepada langkah kawalan, termasuk mengambil dos penggalak dan mendapatkan vaksin untuk anak-anak…