MERASAKAN apa yang dilakukan oleh stesen TV sebagai atau tindakan kurang bijak, penyanyi Datuk Hattan menempelak pihak tersebut agar realistik dan perlu bertanggungjawab membawa industri seni supaya menjadi lebih baik.
Baca berita berkaitan: Perihal 5 markah dan ‘amukan’ peminat kepada Iqbal buat Big Stage 2021 panas
Baca berita berkaitan: Markah 5 peratus, Iqbal ugut mahu tarik diri
Dalam satu hantaran video yang dimuatnaik ke dalam Instagram miliknya, Hattan kurang senang apabila Iqbal Zulkefli dibawa masuk sebagai peserta ke-12 dalam pertandingan tersebut.

“Apa yang cuba dilakukan? Kalau nak rating sekalipun tak perlulah sampai begitu sekali. Masih banyak cara lain.
“Pihak produksi sewaktu sesi latihan tidak tahu ke bagaimana persembahannya? Kamu tahu peserta tidak boleh menyanyi, kenapa panggil juga?” tegasnya.
Sejak dua hari lalu, nama Iqbal panas apabila dia menyertai Big Stage 2022 bersama 11 peserta lain.
Dia yang bukan dalam kalangan penyanyi sebenar dilihat kurang sesuai berada di dalam pertandingan yang rata-rata disertai oleh muka baharu yang berpotensi besar.
Hanya berbekalkan kontroversi dan beberapa kisah panas, banyak pihak menganggap dia tidak selayaknya berada di situ dan menyelar pihak penyiar yang hanya mahu mengejar rating semata-mata.
Dalam pada itu Hattan terkesan apabila program tersebut diadili oleh juri profesional termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Apabila disertai nama besar, sepatutnya peserta juga perlu mencapai satu standard yang ditetapkan.

“Kita kena ada jati diri, ada maruah. Nyanyi, nyanyi juga, maruah sangat penting. Kepada pihak produksi, fikirlah secara waras sebelum buat keputusan.
“Dalam program itu ada peserta dari Indonesia (Tegar Septian). Kalau orang Indonesia tengok, beginikah kita punya kualiti?
“Kasihan 11 orang peserta lain yang bertanding beriya-iya. Hanya kerana ada satu atau dua juta pengikut, dirasakan sudah layak? Walaupun persembahan standard begitu, punyalah sampah,” luahnya lagi. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.