Markah 5 peratus, Iqbal ugut mahu tarik diri

0
309

BELUM reda isu dikritik netizen gara-gara menyertai pertandingan Big Stage 2022, Iqbal Zulkefli, 28, mengugut mahu menarik diri daripada pertandingan tersebut.

Dia mempersoalkan kewajaran 5 peratus markah yang diterima dan menganggap tidak layak berada di pentas besar tersebut .

“Kalau dapat dua markah pun saya bersyukur. Saya boleh terima. Tentang pemarkahan itu saya sepenuhnya berserah pada juri profesional.

“Cuma bila  lima markah tu, jadi tertana-tanya apa yang buruk sangat ke sampai lima? Saya jadi macam… apa yang masalahnya, apa yang sampai begitu?

“Tapi bukan bermaksud saya tak boleh terima, saya okay je. Cuma sampai sekarang saya rasa macam tak layak untuk saya berada di sini,” katanya.

Jelasnya dia akan berbincang bersama pihak penyiar memandangkan mahu menarik diri dan tidak menyertai lagi pertandingan itu.

Bagaimanapun, Iqbal menyedari kemampuan dirinya dan dia tidak mahu merosakkan industri muzik membuatkan dia terfikir untuk menarik diri.

“Untuk minggu hadapan saya rasa kena bincang dengan Astro untuk saya rasa saya kena tarik diri. Saya rasa untuk tarik diri, untuk tidak menyertai lagi.

“Saya memang serius kalau buat lagu semua tapi untuk pentas ini saya bukan tak serius cuma sedar kemampuan itu setahap mana.

“Tapi andai kata ada peluang, jangan memandang rendah pada saya juga. Kita tidak tahu mungkin saya akan belajar banyak perkara lagi kan?,” katanya.

Dalam pada itu Iqbal mendedahkan yang dia pernah menolak tawaran untuk menyertai Big Stage kali ini.

Dua bulan lalu, pihak produksi ada memberikan pelawaan namun dia beberapa kali dia menolak.

“Saya tolak berulang kali hingga sampai satu masa saya rasa tak boleh sombong sedangkan media sudah panggil banyak kali.

“Tapi pada masa sama sebenarnya saya sedar, saya bukan layak untuk menyanyi di sini. Tapi saya cuba yang terbaiklah,” katanya dalam satu sidang media pada Ahad.

Dalam pada itu, Iqbal mengakui kehadiran Datuk Seri Vida yang dilantik sebagai Presiden Netizen sedikit sebanyak mengganggu persembahannya.

Mereka yang dikaitkan bercinta dan terputus di tengah jalan mengakui terkejut apabila melihat wanita tersebut ada dalam konsert pertama.

“Semua orang surprised, macam tu. Apa lagi saya yang bermain atas pentas ni.

“Saya berharap kepada semua tidak menilai sebab ini bukan saya sangat nak beriya-iya nak sertai semua. Saya cuma lakukan yang terbaik,” katanya lagi. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here