Bersatu mahu dakwaan kerakyatan kepada 54,000 warga China disiasat

0
154

BERSATU tetap mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan 54,000 warga China dalam proses diberikan kerakyatan Malaysia.

Gesaan itu dibuat walaupun Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah pun menafikannya.

Dakwaan ini muncul kali pertama di media sosial awal bulan ini. 

Dakwaan itu menyebut mereka akan diberikan kerakyatan supaya menjadi “pengundi DAP”.

Hantaran di Facebook Pas Pusat mengenai 54,000 warga China yang diberi kerakyatan negara ini.

Tanpa mengemukakan bukti terdapat dakwaan itu, Ketua Penerangan Bersatu Datuk Razali Idris semalam berkata siasatan perlu dibuat terhadap Saifuddin, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan JPN.

“Mana mungkin pokok bergoyang begitu sahaja kalau tiada angin yang bertiup!” katanya dalam kenyataan yang dikongsi di media sosial PAS semalam.

Sementara itu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli pula menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah jenayah dan akan mengusulkan kepada Saifuddin supaya laporan polis dibuat lapor Malaysiakini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here