Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bukan Islam campur tangan hal pengajian 40 hadis melampau - PPIM -

Bukan Islam campur tangan hal pengajian 40 hadis melampau – PPIM

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa menyiasat semua kenyataan media dibuat mengenai isu pengajian 40 hadis yang disifatkan semakin melampau.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, sehubungan itu pihaknya juga akan membuat laporan polis mengenai perkara berkenaan.

“Agama Islam adalah di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong. Pendidikan Islam untuk pelajar Islam juga hak umat Islam.

“Tindakan pihak bukan Islam masuk campur urusan Islam dalam negara ini sudah melampau. Adakah pihak yang menentang pelaksanaan modul Hadis 40 ini sudah meneliti dan mendapati ia boleh mengancam kesejahteraan orang bukan Islam,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Sebelum ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan program rintis Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi akan dilaksanakan dengan melibatkan guru dan murid beragama Islam di 61 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan 228 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh negara.

Pelaksanaan modul tersebut disasarkan kepada guru dan murid beragama Islam sahaja bertujuan memupuk semangat ihsan, kasih sayang dan memperkasakan kefahaman agama.

Dalam pada itu, Nadzim mengingatkan semua pihak agar tidak menyebar kandungan berbaur kebencian melibatkan 3R (bangsa, agama dan raja) yang tidak hanya termaktub bidang politik, malah keseluruhannya.

“Jangan ingat kami akan berdiam diri. Siapa mereka mahu meletakkan syarat dan mengugut sekiranya pengajian 40 hadis diteruskan,” tegasnya, lapor Sinar Harian.