Nahas pesawat terhempas di Elmina, Exco Pahang antara 10 terkorban

0
193

SEKURANG-kurangnya 10 mangsa termasuk seorang EXCO Kerajaan Pahang terkorban dalam nahas pesawat sewa khas yang terhempas di Lebuhraya Guthrie, berhampiran kawasan kediaman Elmina di Shah Alam, petang tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 2.40 petang tadi, pesawat yang membawa enam penumpang bersama dua juruterbang dan pembantunya dilaporkan gagal dikawal sebelum terhempas di Elmina.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pesawat berkenaan yang berlepas dari Langkawi sudah diberi kebenaran oleh Menara Kawalan, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang untuk mendarat pada jam 2.40 petang.

“Namun pesawat berkenaan dilaporkan terhempas dua minit sebelum dijadualkan untuk mendarat.

“Ketika terhempas, pesawat berkenaan dilaporkan merempuh sebuah kereta dan sebuah motosikal masing-masing seorang individu dalam setiap kenderaan,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian, lapor BH Online.

Hussein berkata pada masa ini pihaknya menjangkakan sekurang-kurangnya 10 mangsa yang terkorban.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, mengambil masa hampir 10 minit bagi memadam kebakaran.

Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk bedah siasat.

Pesawat malang berkenaan dipercayai jenis Premier 1 Beechcraft dengan nombor pendaftaran N28JV dengan kapasiti 8 orang penumpang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here