Empat pemimpin BERSATU dilantik EXCO, Timbalan EXCO Terengganu

0
168

KETUA Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris dilantik EXCO Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri yang baharu.

Selain Razali, tiga lagi pimpinan parti itu dilantik sebagai Timbalan EXCO kerajaan negeri berkuat kuasa hari ini iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Mohd Husaimi Hussin; ADUN Telemong, Mohd Zawawi Ismail dan ADUN Permaisuri, Mohd Yusop Majid.

Mohd Husaimi dilantik sebagai Timbalan EXCO Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau; Mohd Zawawi dilantik Timbalan EXCO Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar, manakala Mohd Yusop sebagai Timbalan EXCO Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar akan menerajui portfolio Ekonomi, Kewangan, Pelaburan, Tanah dan Sumber Asli negeri.

Tiga Timbalan EXCO pada penggal lalu yang kini dilantik sebagai EXCO ialah ADUN Batu Burok, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi; ADUN Ajil, Malaiman Kassim dan ADUN Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim.

Dr Muhammad Khalil dilantik dilantik EXCO Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Malaiman sebagai EXCO Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan, manakala Hishamuddin dilantik EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu.

Selain itu, enam EXCO lama dilantik semula tetapi berpindah ke portfolio lain adalah ADUN Paka, Datuk Satiful Bahri Mamat; ADUN Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah; ADUN Jabi, Dr Azman Ibrahim; ADUN Kota Putera, Mohd Khuzaini Ab Rahman; ADUN Chukai, Hanafiah Mat dan ADUN Alor Limbat, Ariffin Deraman.

Satiful dilantik menerajui portfolio Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Ihsan; Wan Sukairi (Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Dr Azman kekal dengan portfolio Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi; Mohd Khuzaini (Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau.

Ariffin dilantik menerajui portfolio Keusahawan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, manakala Hanafiah bagi portfolio Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar.

Difahamkan, seorang lagi pemimpin BERSATU, Khazan Che Mat yang juga ADUN Seberang Takir akan dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here