Keputusan tak rasmi, PN dahului di DUN Ayer Hangat, Kuah

0
247

CALON Perikatan Nasional (PN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hangat, Shamsilah Siru mendahului tiga calon lain setakat ini berdasarkan pengiraan undi awal di Dewan Badminton Kompleks Sukan Langkawi, di sini.

Ketua Srikandi BERSATU Kedah itu mendahului dengan 167 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN), Hisham Suhaily Othman yang juga Ketua Wanita UMNO Langkawi meraih 94 undi, diikuti dua calon Bebas, Safwan Hanif Shafie (18 undi) dan Zulfadli Mohd Yusoff (3 undi)

Jumlah itu menyaksikan Shamsilah Siru mendahului dengan majoriti 73 undi. DUN Ayer Hangat mempunyai 33,156 orang pengundi lapor BH.

Sementara itu, DUN Kuah juga menyaksikan calon PN, Ahmad Pared Mahamud mendahului dengan majoriti 157 undi. Calon Pakatan Harapan (PH), Ahmad Fauzi Chik mewakili PKR pula di tempat kedua dengan 255 undi, manakala calon Bebas, Mazlan Ahmad di tempat ketiga dengan sembilan undi.

DUN Kuah memiliki pengundi berdaftar seramai 34,694 orang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here