PRN: Gelombang ‘Bye-Bye UMNO’ bantu Pas Kelantan sapu bersih 45-0

0
151

PAS Kelantan yakin mampu meraih kemenangan 45-0 dengan menyapu bersih semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini susulan gelombang ‘Selamat Tinggi UMNO’.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, keyakinan itu berpandukan kepada gelombang ahli UMNO yang kecewa dengan kepimpinan pucuk parti itu.

Menurutnya, malah rasa kecewa itu tidak berlaku di sesetengah kawasan sebaliknya melibatkan seluruh negeri.

“Kita dapati berlaku gerakan dan gelombang ahli-ahli UMNO yang kecewa dengan kepimpinan mereka yang tidak menjaga ahli-ahlinya dan lebih kepada kepentingan peribadi.

“Sebab itu kita lihat satu gelombang ‘Selamat Tinggal UMNO’ di mana kawasan yang kita tidak pernah boleh masuk sebelum ini, mereka (ahli UMNO) telah mengaturkan pertemuan dan ceramah Perikatan Nasional, itu kita rasa ada keyakinan untuk mencapai 45-0,”katanya pada sidang akhbar harian Perikatan Nasional (PN) di Pejabat Perhubungan Pas Negeri Kelantan di sini hari ini.

Wan Roslan memberitahu, keputusan kepimpinan UMNO yang menolak kebersamaan di antara parti itu dan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) telah menimbulkan kekecewaan ahli-ahlinya.

“Sebelum ini, kita (Pas-UMNO) pernah bersatu di dalam MN dan dia (ahli UMNO) sudah merasa satu nikmat dan semangat kebersamaan dengan Pas. Namun tiba-tiba kepimpinan mereka (UMNO) mengambil keputusan yang lain.

“Sedangkan…Pas sentiasa menyeru untuk berpegang tali Allah, bekerjasama dalam masyarakat  dan disebabkan itu mereka (ahli UMNO) boleh menerima Pas kerana tangan kita terbuka untuk menjalinkan ukhwah,”ujarnya lapor Utusan Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here