RTM siar debat ekonomi Rafizi, Syahir secara langsung

0
218

RTM akan menyiarkan debat antara Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan Ahli parlimen Bachok Mohd Syahir Sulaiman pada Rabu ini.

Orang kuat PKR dan pemimpin muda Perikatan Nasional (PN) itu akan membincangkan tajuk “Model baru ekonomi Malaysia”.

“Insya-Allah, rakyat akan dapat menilai dan meneliti secara objektif rancangan dan hala tuju ekonomi yang akan dibentang dan didebatkan,” kata Rafizi.

Menurut Rafizi, debat akan disiarkan secara langsung jam 9.30 malam di saluran RTM dan Astro Awani.

Debat juga boleh diikuti secara atas talian melalui aplikasi RTM Klik dan aplikasi Astro GO.

Syahir menyambut cabaran itu selepas dua pemimpin kanan PN–Sanusi Md Nor dan Azmin Ali–menolaknya.

Rafizi menganjurkan debat itu alasan memulakan budaya persaingan idea untuk membantu rakyat, berbanding tumpuan kepada retorik siapa lebih Melayu.

Sementara itu, Syahir pula menyifatkan debat itu sebagai peluangnya berkongsi visi dan misi PN untuk Malaysia.

“Tajuk sudah dipilih. Gelanggang sudah dibuka. Peluang untuk kami berkongsi visi & misi untuk Malaysia.

“Bismillah. Doakan,” tulisnya di media sosial, lapor MalaysiaKini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here