Modus operandi Langkah Kajang, guling Sanusi hampir serupa – Faekah

0
204

MODUS operandi digunakan pemimpin hari ini dalam cubaan mengguling Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor didakwa hampir serupa dengan Langkah Kajang yang menjatuhkan bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sembilan tahun lalu.

Bekas Setiausaha Politik Abdul Khalid, Faekah Husin berkata kini watak yang sama memainkan naratif kononnya telah berlaku rasuah atau salah guna kuasa seperti yang dilemparkan kepada Abdul Khalid sebelum ini.

Namun menurut Faedah, beliau terfikir siapa yang akan mendapat laba daripada situasi itu jika usaha mereka berjaya di Kedah.

“Kenapa saya sebut benda ini (Langkah Kajang) sekarang? Sebab apa yang berlaku kepada Datuk Seri Sanusi di Kedah modus operandinya seolah-olah sama. Diwujudkan satu naratif, satu cerita bahawa berlaku rasuah REE. Saya fikir apa yang dihadapi Sanusi macam Langkah Kajang tapi siapa yang akan dapat faedah? Sebab dalam Langkah Kajang mereka nak dapatkan jawatan menteri besar, nak dapat faedah kerana nak bayaran lebih tinggi kepada syarikat air kawan mereka, yang itu Tan Sri Khalid tak nak bagi.

“Sekarang ini siapa akan dapat laba di Kedah hasil tindakan mereka menjatuhkan Sanusi. Kami tidak faham politik di Kedah. Fikir punya fikir, keluar gambar. Datuk Seri Anwar Ibrahim bawa taikun dari Indonesia jumpa dengan Sultan Kedah.

“PMX anda ini kalau dia buat satu kerja tak pernah tak selfie, tak pernah tak ambil gambar, tak pernah tak post di media sosial. Dia kena beritahu kepada rakyat program dia banyak, itu sebab aku kena naik helikopter. Tapi tang pergi melawat Sultan Kedah bersama taikun ini, dia tak letak. Terjawab sudah saya punya persoalan siapa yang mendapat laba sekiranya sanusi dijatuhkan,” katanya ketika berucap pada program Ayuh! Kita Jelajah Selangor Baharu N.40 DUN Kota Anggerik, malam tadi.

Faekah membuat kemunculan pertama di pentas Perikatan Nasiona malam tadi selepas bertahun berdiam diri sejak meninggalkan PKR sebaik pemecatan terhadap Abdul Khalid pada Ogos 2014.

Dalam ceramah itu, Faekah mendedahkan strategi yang  digunakan itu sedikit berbeza kerana watak-watak tersebut kini lebih berkuasa.

“Cuma bezanya masa Langkah Kajang mereka tidak berkuasa mereka semua pembangkang. Tapi hari ini, mereka adalah orang yang sangat berkuasa dalam negara. Menteri ekonomi, menteri dalam negeri, menteri kewangan, perdana menteri. Empat kementerian mereka pegang tapi mereka masih menggunakan strategi kotor dan jahat 12 tahun yang lepas.

“Bahaya…sangat bahaya. Sekarang jauh lebih bahaya jika mereka tak berubah. Jika 20 tahun tak berubah, saya tak fikir mereka akan berubah esok. Saya tak fikir mereka akan berubah bulan depan. Mereka tidak akan berubah kecuali tuan-tuan beri isyarat yang jelas bahawa mereka ditolak di shah Alam, N40, seluruh Shah Alam. Putrajaya tak ada hala tuju,” katanya, lapor Agenda Daily.

Untuk rekod pada 2014, PKR menerbitkan dokumen laporan ‘Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor’, bertarikh 14 Ogos 2014 yang dikatakan mengandungi salah laku Abdul Khalid hingga memaksa Allahyarham meletakkan jawatan sebagai menteri besar pada 21 September 2014.

Abdul Khalid melalui Ketua Setiausaha Sulitnya ketika itu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan tersebut.

Abdul Khalid juga memfailkan saman terhadap Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 18 Ogos 2014 dan Setiausaha Agung PKR itu memohon maaf kepada Abdul Khalid di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 14 Ogos 2015 kerana memfitnah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here