Selangor Baharu,Kita Bangkit tema baharu PN Selangor

0
169

PERIKATAN Nasional (PN) Selangor menawarkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Selangor bernilai lebih RM2 bilion bertemakan “Selangor Baharu, Kita Bangkit”.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tawaran itu merangkumi tujuh tunjang utama, 25 pendekatan dan 112 tawaran.

Tawaran pertama dalam manifesto berkenaan adalah bagi menangani isu tekanan kos sara hidup

“Untuk itu kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan PN akan memastikan keterjaminan bekalan makanan pada harga yang munasabah melalui pelbagai inisiatif antaranya Memperuntukkan dana khas Tani Bangkit sebanyak RM100 juta kepada usahawan tani muda.

“Manifesto PN Selangor turut menawarkan
pengecualian bayaran parkir di kawasan letak kenderaan bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor Utara.
 
“Menaikkan elaun bulanan yang dibayar oleh Kerajaan negeri kepada penggerak masjid dan surau iaitu imam sebanyak RM1,700, bilal RM800, siak RM600 dan nazir RM600,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis Pelancaran Tawaran Perikatan Nasional Negeri Selangor di sebuah hotel terkemuka di Shah Alam pada Jumaat.

Selain itu, PN Selangor akan mewujudkan skim Rumah Pertama Darul Ehsan merangkumi pemilikan rumah pangsa tiga bilik bagi golongan yang memerlukan selain meluaskan Skim Peduli Sihat termasuk Skim Perlindungan Perubatan dan Kesihatan kepada rakyat Selangor dengan pendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah.

Tidak ketinggalan, PN Selangor turut memberi pengecualian fi lesen perniagaan untuk penjaja, gerai dan pasar serta mengecualikan sepenuhnya bayaran sewa tapak perniagaan milik PBT bagi penjaja yang berdaftar.

“Kepada rakyat Selangor, PN peka dan mendengar keluhan rakyat berhubung bantuan air percuma.

“Oleh sebab itu, program air percuma melalui inisiatif 20 meter padu air percuma akan diperluaskan kepada pemegang akaun dengan pendapatan isi rumah RM15,000 dan ke bawah,” katanya-SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here