Keterjaminan bekalan makanan pada harga munasabah antara tawaran PN Selangor

0
284

MENYEDARI isu tekanan kos sara hidup yang menghimpit rakyat hari ini, kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Perikatan Nasional (PN) akan berusaha memastikan keterjaminan bekalan makanan pada harga yang munasabah melalui pelbagai inisiatif.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, antara inisiatif tersebut ialah memperuntukkan dana khas Tani Bangkit sebanyak RM100 juta kepada usahawan tani muda untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran agromakanan melalui penggunaan teknologi dan automasi.

“Selain itu mewujudkan Hab Mega Makanan melalui insentif Dana Makanan Selangor (DaMaS) bernilai RM150 juta bagi meningkatkan hasil pengeluaran, termasuk tanaman, ternakan dan perikanan berskala besar dan berteknologi tinggi untuk pasaran domestik dan antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Tawaran PN Selangor bertemakan Selangor Baharu, Kita Bangkit di Shah Alam malam ini.

Tawaran tersebut merangkumi 7 tunjang utama yang dilaksanakan menerusi 25 pendekatan dan 112 tawaran.

Muhyiddin berkata, PN Selangor juga akan memperkenalkan program Kebun Prihatin dengan peruntukan sebanyak RM20,000 bagi setiap kebun komuniti yang berpotensi untuk dikembangkan.

Selain itu, usaha memperkukuhkan rantaian bekalan makanan di Selangor melalui rangkaian Gerai Prihatin Rakyat untuk menyediakan makanan asas pada harga berpatutan di setiap DUN.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here