Bantuan bulanan RM400, parkir, air percuma, kuota khas rumah bagi keluarga muda – Tawaran PN Selangor

0
168

KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) Selangor akan memperkenalkan inisiatif Bantuan Prihatin Keluarga Selangor dengan peruntukan sebanyak RM312 juta setahun jika mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Negeri 12 Ogos ini.

Mengumumkan perkara itu Pengerusi PN, Tan Muhyiddin Yassin berkata, inisiatif itu dijangka dapat membantu 65,000 keluarga yang memerlukan, menerusi pemberian bantuan bulanan bernilai RM400 bagi pembelian barangan asas.

“Selain itu kerajaan PN di Selangor juga akan mewujudkan inisiatif Bantuan Prihatin Nelayan Selangor berjumlah RM5 juta setahun dengan menyalurkan bantuan seperti enjin bot dan alatan akuakultur,” katanya berucap mengumumkan Tawaran PN Selangor sempena PRN di Shah Alam malam ini.

Tawaran lain yang terkandung di tunjang mensejahterakan kehidupan rakyat adalah seperti berikut:

  • Mengecualikan bayaran parkir di kawasan letak kenderaan bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor Utara;
  • Menaikkan elaun bulanan yang dibayar oleh Kerajaan negeri kepada penggerak masjid dan surau iaitu imam sebanyak RM1,700, bilal RM800, siak RM600 dan nazir RM600;
  • Mewujudkan skim Rumah Pertama Darul Ehsan merangkumi pemilikan rumah pangsa tiga bilik bagi golongan yang memerlukan serta menyediakan kuota khas bagi keluarga muda;
  • Memperluaskan Skim Peduli Sihat termasuk Skim Perlindungan Perubatan dan Kesihatan kepada rakyat Selangor dengan pendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah; dan
  • Memperluaskan kemudahan pengangkutan percuma “Van Selangor Care” bagi memudahkan pergerakan warga emas dan OKU ke pusat kesihatan, serta menyediakan dana berjumlah RM15 juta untuk inisiatif jaringan perkhidmatan Ambulans Komuniti Selangor (AKoS).
  1. Bagi menggalakkan penglibatan anak muda dalam bidang sukan serta merancakkan arena sukan di Selangor, pelbagai program pembangunan sukan akan diperkenalkan seperti:

a. Memperuntukkan dana Infra Sukan Selangor sebanyak RM30 juta setahun bagi membina, menaik taraf dan menyelenggara fasiliti sukan mesra rakyat;

b. Menyediakan dana khas Sukan Olimpik dan Paralimpik bagi mencungkil potensi dan menggilap bakat anak Selangor dalam bidang sukan untuk bersaing di peringkat dunia; dan

c. Menyediakan insentif Darul Ehsan E-Sports (DEES) dengan peruntukan sebanyak RM2 juta.

  1. PN juga akan memberi tumpuan kepada usaha menyantuni keluarga muda dengan menawarkan pelbagai inisiatif-inisiatif. Antaranya:

a. Mewujudkan inisiatif Bina Keluarga Selangor (BKS) sebanyak RM500 untuk pasangan pengantin baharu;

b. Menyediakan insentif Lahir Selangor bernilai RM500 kepada ibu bersalin; dan

c. Memperbanyak rumah transit dan projek perumahan rakyat di kawasan terpilih untuk sewaan kepada pasangan belia yang baru berkahwin.

PN peka dan mendengar keluhan rakyat berhubung bantuan air percuma. Oleh sebab itu, program air percuma melalui inisiatif 20 meter padu air percuma akan diperluaskan kepada pemegang akaun dengan pendapatan isi rumah RM15,000 dan ke bawah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here